Pelakon, penyanyi dan pengacara Janna Nick sekali lagi mencuri tumpuan netizen apabila berkongsi sekeping foto sempena meraikan Hari Kebangsaan semalam.

Dalam foto terbabit, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Munir, 26, tampil mengenakan sepasang dres bercorak bunga.

"Kemerdekaan bagi saya adalah apabila saya makan berat badan saya tak akan naik. Gurau!

"Semoga kita semua “merdeka” dari virus COVID-19 ni ok… Jadi kita bebas kemana kemana," tulisnya.

Bagaimanapun, lain pula yang diperhatikan netizen terutamanya bahagian kancing yang terbelah di dadanya.

Malah, ada yang menegur pelakon itu yang memakai pakaian yang boleh menimbulkan fitnah.

"Ada yang menonjol tapi bukan bakatnya.

"Awat baju nampak t** tu Janna oi?

"Di manakah keistimewaan suamimu nanti jika auratmu ini sudah dipertontonkan di khalayak ramai? Maaf sekadar menegur.

"Nak tunjuk dada ke sis?

"Kawan-kawan artis dia tak tegur ke baju dia tu nampir nampak sesuatu.

"I syak you tak perasanlah baju tu terlebih belah. Janna please check balik, macam tak berapa elok. Kot-kot ada budak bawah umur follow IG you.

"Maaf nak beritahu sebelum post tu edit gambar dulu, cover dengan emoji ker apa, bukan apa, banyak mata yang memerhati," demikian beberapa teguran netizen.



Bagaimanapun, ada yang membidas komen-komen terbabit menyatakan Janna terlebih dahulu menyarung inner senada warna kulit pada sebelah dalamnya.