Laman Utama

Netizen Tegur Fazley Biarkan Anak Berguling Atas Sejadah Ketika Sedang Solat - "Boleh Kan Ajar Anak Duduk Tepi ..."

Asraf Aided
13/11/2021
09:48 MYT
Sepotong video yang dikongsi penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley di Instagram mencuri perhatian netizen.
Dalam video tersebut, Fazley mendirikan solat sambil dua orang anaknya sedang bermanja.
"Beginilah keadaannya bila anak-anak saya dengan saya, sentiasa curi peluang untuk bermanja.
"Saya tetap teruskan solat walau macam mana pun, demi kasih sayang pada anak-anak. Sekurang-kurangnya mereka dapat lihat saya solat dan moga menjadi ikutan hingga ke hujung nyawa.
"Korang kalau anak-anak tiba-tiba baring atas sejadah masa tengah solat, korang buat apa?" tulis Fazley sebagai kapsyen.
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon berbeza, ada yang berkongsi pengalaman sama, dan ada juga yang merasakan lebih baik untuk mengajar anak-anak duduk ditepi ketika ibu bapa sedang solat.
"Boleh kan ajar anak-anak duduk tepi atau ajak anak solat sekali, nak bermanja pun lepas solat boleh," tulis warganet.
"Anak tu macam dah besar, dah boleh ajar hormat dan faham akan solat, boleh duduk tepi elok-elok," tulis seorang warganet lagi.
"Sama lah dengan saya, kalau tengah solat dia bawa semua mainan atas sejadah, kadang nak gelak juga, tak boleh marah lama-lama nanti dia fahamlah," tulis netizen yang lainnya.
Untuk makluman, Fazley mendirikan rumah tangga dengan isterinya Azrene pada tahun 2007.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 13, Ahmad Fieradz Shah, 12, Ahmad Firudz Shah, 10, dan Alayna Selma yang kini berusia empat tahun.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Anggap Wajah Asyik Jadi Duta Produk Sebagai Rezeki, Dato Fazley Tampil Dengan Koleksi Wangian Bau Pastri!

gempak
28/03/2024
13:00 MYT
Hasil kerjasama dengan syarikat bumiputera tempatan ENKÉ Malaysia, cef selebriti Dato Fazley Yaakob telah memperkenalkan koleksi wangian terbaharu, Pâtissier Pure Parfum, yang dillhamkan dari kemahiran dan seni 'pâtissiers'
Terkini

Fazley Yaakob Jawab Dakwaan Raf Dah Ada Pengganti Baru - "Saya Rasa Betul Lah.."

gempak
27/03/2024
07:00 MYT
Penyanyi dan cef selebriti Dato Fazley Yaakob menjawab dakwaan mengenai adiknya, Raf Yaakob yang dikatakan sudah mempunyai pengganti baharu selepas baru sahaja setahun bercerai dengan bekas isterinya, pelakon Mawar Rashid.
Hiburan

Fazley Yaakob Beri Sebab Kenapa Tak Hadir Konsert Imran Ajmain

gempak
04/02/2024
06:55 MYT
Penyanyi dan cef selebriti terkenal Datuk Fazley Yaakob menjelaskan dia punyai alasan tersendiri tidak dapat hadir menyaksikan konsert Malam Seribu Tahun Imran Ajmain yang berlangsung pada Jumaat dan Sabtu lalu.
Hiburan

Isteri Fazley Yaakob Dedah Tak Pernah Dapat Jemputan Konsert, Cabar Individu Bersemuka! - "Datang Jumpa Saya Kalau Berani"

gempak
27/01/2024
02:55 MYT
Isteri kepada penyanyi dan cef selebriti terkenal Datuk Fazley Yaakob, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz mendedahkan pihaknya sekeluarga tidak menerima sebarang undangan untuk menghadiri mana-mana konsert.
Laman Utama

Mantap! Fazley & Imran Aqil Kalahkan Duta SO7, Vincent Dalam Perlawanan Badminton

gempak
18/11/2023
04:50 MYT
Tepok Bulu ‘23 antara Malaysia vs Indonesia.