Pengasas Alha Alfa, Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil mendedahkan menerima sebuah kiriman mesej yang berunsur teguran daripada salah seorang pengikutnya.

Perkongsian itu dilakukan menerusi akaun Instagram (IG) miliknya baru-baru ini.

Menerusi kiriman itu, netizen tersebut menegur supaya Alha menutup aurat penggunanya untuk foto sebelum mekap.

Alha memberitahu dia sangat berjaga-jaga mengenai soal itu memandangkan ini bukan kali pertama dia memuat naik foto sebelum dan selepas mekap.

Alha menerangkan kalau foto sebelum tidak mengenakan tudung namun selepas mekap bertudung, itu bermaksud pengguna tersebut memang tidak bertudung.

Alha juga berkongsi dia pernah meminta penggunanya untuk mengenakan tudung sebelum bergambar.

Alha menegaskan dia seorang yang meminta izin terlebih dahulu bukan sesuka hati mengikut dirinya.

Alha berpesan kepada netizen supaya tidak risau mengenai perkara itu kerana dia seorang yang faham sensitiviti.

Sekadar info, Alha Alfa merupakan antara nama jurumekap artis yang dikenali di kalangan industri seni tanah air.