Hiburan

Netizen Tegur Tak Elok Bercakap Ketika Makan, Ini Respons Zahiril Adzim - “Selama Ini Pun Saya Ingat Macam Itu Tapi Rupanya…”

gempak
Asyikin Mayudin
13/01/2025
23:55 MYT
Sponsor Banner
Netizen Tegur Tak Elok Bercakap Ketika Makan, Ini Respons Zahiril Adzim - “Selama Ini Pun Saya Ingat Macam Itu Tapi Rupanya…”
Tular video pelakon Zahiril Adzim membidas komen netizen yang mengatakan kepadanya perbuatan bercakap ketika sedang makan dilihat tidak elok.

Bercakap ketika makan

Menerusi potongan video dikongsikan di @roslizawatiakasim, Zahiril membalas komen tersebut ketika membuat siaran langsung (live) baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kehadiran 'Fatah' Undang Tawa, Peminat Teka Bakal Ada Musim Kedua Andai Tiada Dia?

ARTIKEL. BERKAITAN: Malaysia Tangisi Pemergian Falah, Adakah Intan Bakal Dapat Pembalasan?

ARTIKEL BERKAITAN: Zahiril Adzim Hargai Peluang Jadi ‘Perencah’ Dalam Andai Tiada Dia - “Terima Kasih Falah”

Pemilik nama Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar itu kemudiannya memperbetulkan teguran yang dibuat netizen tersebut dengan mengatakan perbuatan itu adalah sunnah Rasulullah SAW.
“(Tak elok bercakap ketika makan) itu adalah salah, saya kena betulkan benda ini. Sunnah ketika makan ialah bercakap cuma masa bercakap itu kalau boleh jangan mengunyah dan waktu makan kalau boleh jangan mengunyah.

“Selama ini, kita diomok-omokkan supaya bila makan jangan bercakap (table manners), itu semua kafir punya agenda. Kalau tak percaya pergi tanya ustaz-ustaz.

“Selama ini pun saya ingat macam itu, makan kena tertib tak boleh bercakap tapi rupanya itu bukan ajaran agama kita,” katanya.

Setuju dengan Zahiril

Video yang tular itu kemudiannya mendapat perhatian seorang penceramah yang dikenali sebagai Dr. Rozaimi Ramle yang bersetuju dengan apa dikatakan Zahiril.
“Apa yang dikatakan oleh Zahiril Adzim itu adalah benar. Dalam hadis riwayat Imam Bukhari, Nabi Muhammad SAW diberikan kambing bahagian betis lalu baginda menjamah sedikit daripada daging tersebut lalu menyebut, ‘Aku adalah penghulu bagi manusia’.

“Dalam hadis lain pula, Nabi Muhammad SAW telah bertanyakan kepada keluarganya apakah lauk untuk dimakan lalu mereka menjawab, ‘Kami hanya mempunyai cuka. Nabi SAW kemudiannya mengatakan, ‘Sebaik-baik lauk ialah cuka’.

“Imam Nawawi juga mengatakan hadis ini menunjukkan bahawa digalakkan untuk bercakap-cakap ketika sedang makan kerana ia memberikan kemesraan kepada orang yang sedang makan dengan kita.
“Islam itu menggalakkan kita berhimpun dan makan bersama-sama,” ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024