gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Ammar Ahyan Tak Bagi Aliff Syukri Ulas Isu Telur Masam, Netizen Puji Pandai Didik Anak - “Bagus Akhlaknya, Matang & Penuh Adab”
HIBURAN
Rai 30 Tahun Dalam Industri Muzik, Konsert Violet Skies Siti Nurhaliza Di Arena Of Stars Genting Highlands Julai Ini!
HIBURAN
LaLaLa Fest 2025 Gegar Jakarta Ogos Ini! LANY, Camila Cabello & Black Eyed Peas Antara Line Up Gempak
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Malaysia Tangisi Pemergian Falah, Adakah Intan Bakal Dapat Pembalasan?

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
19/12/2024
11:25 MYT
Sponsor Banner
Malaysia Tangisi Pemergian Falah, Adakah Intan Bakal Dapat Pembalasan?
Drama sensasi, Andai Tiada Dia bakal melabuhkan tirainya malam ini.
Di episod ke-35, peminat dikejutkan dengan pemergian watak Falah yang dimainkan oleh pelakon Zahiril Adzim selepas disahkan mati otak dan hayatnya hanya bergantung kepada mesin bantuan pernafasan sahaja.
Zahiril juga meminta supaya peminat untuk menemani Suri lakonan Ummi Nazeera dan berharap dia bakal membuat keputusan yang betul dalam kehidupannya.
"Malam ni last episod, kalian semua tolong tengok- tengokkankan Suri. Jangan bagi dia seorang diri, temanlah dia di episod terakhir ini. Saya percaya Suri akan buat keputusan yang betul dan bijak. Kalau tak percaya, tengok malam ni," ujarnya.
Pada masa sama,babak pemergian Falah itu bukan sahaja ditangisi peminat drama itu malah rakan-rakan selebriti juga turut berduka.
Antara rakan artis yang bersedih diatas kematian watak Falah adalah Syamel, Radin Era, Amyza Aznan, dan Salina Saibi.
Namun persoalannya adakah benar Falah mati atau mungkin akan ada keajaiban yang bakal disajikan dalam karya ini.
Bagaimana pula dengan Intan (Alicia Amin), Apakah akan ada pembalasan setimpal dengan segala yang telah dilakukan sebelum ini.
Semuanya bakal terjawab malam ini di dalam episode akhir Andai Tiada Dia.
Topic Berkaitan
#Zahiril Adzim
#Intan
#Suri
#andai tiada dia
#haikal
#Falah
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement