Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Netizen Terhibur Bila Puteri Sarah Tanya Bella Astillah - “Awak Pandai Nangis Tak?”, Sarah Yasmine Pun Komen Juga

Mya Amri
03/07/2024 08:24 MYT
Pelakon, Puteri Sarah mendapat perhatian netizen selepas meninggalkan komen di hantaran terbaru bekas isteri penyanyi Aliff Aziz iaitu Bella Astillah.

Netizen geli hati komen Puteri Sarah, Sarah Yasmine

Komen yang diberikan Puteri Sarah itu membuatkan netizen geli hati dan mendapat lebih 3,000 tanda suka.

“Awak pandai menangis tak?” usiknya beserta emoji sedih.

Tidak hanya Puteri Sarah, wanita yang dikaitkan Aliff iaitu Sarah Yasmine juga turut membalas komen pelakon wanita itu.

“@puterisarahliyana НАНАНАНАНАНАНАНАНАНАНАНАНАНАН,” tulisnya.

Hanya mahu hiburkan rakan

Sementara itu, di ruangan komen rata-rata netizen juga tidak melepaskan peluang untuk meninggalkan komen mengusik di Instagram Bella.

Dalam pada itu, Puteri Sarah juga berkongsi tangkap layar perbualannya bersama Bella.

Gurau Puteri Sarah, dia sememangnya gemar menghiburkan hati rakan-rakannya.

“Saya memang suka hiburkan kawan-kawan saya,” tulisnya.

Terdahulu, Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, menerima kecaman netizen kerana dilihat hadir ke mahkamah dengan senyuman ceria pada Rabu.

BERITA TRENDING: Dikecam Datang Ke Mahkamah Dengan Senyuman Lebar, Ini Jawapan Ruhainies - “Saya Senyum Sebab Nampak…”

Ujar Ruhainies, dia tidak pandai berlakon dan tidak mahir untuk sengaja menitiskan air mata depan kamera.

Hari ini, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah di hadapan hakim atas pertuduhan khalwat yang berlaku di kondominium di ibu negara pada 8 Mac lalu.

BERITA TRENDING:Aliff Aziz & Ruhainies Mengaku Tidak Bersalah, Bon Jaminan RM1,500 Juga Dilanjutkan

Terdahulu pada 20 Jun lalu, Aliff dan Ruhainies dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 setiap seorang.

BERITA TRENDING:Kes Khalwat: Aliff Aziz & Ruhainies Hadir Bersama Di Mahkamah, Mohon Doa Yang Baik-Baik

Kehadiran mereka berdua dipercayai atas tujuan lanjutan bon jamin berkenaan kes tangkap khalwat pada Mac lalu.

BERITA TRENDING:Ruhainies Like Gambar Di IG, Netizen Sifatkan Aliff Aziz Tak Rasa Bersalah Curang?

Pada 9 Mac lalu, nama Ruhanies hangat menjadi bualan hangat selepas dia dan Aliff ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.

#Aliff Aziz #Bella Astillah #Ruhainies #Puteri Sarah #Mahkamah #Puteri Sarah Liyana #Khalwat #Sarah Yasmine
;