Terkini

Ruhainies Like Gambar Di IG, Netizen Sifatkan Aliff Aziz Tak Rasa Bersalah Curang?

gempak
Firdaus
24/06/2024
05:54 MYT
Sponsor Banner
Ruhainies Like Gambar Di IG, Netizen Sifatkan Aliff Aziz Tak Rasa Bersalah Curang?
Nama pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz seakan-akan tidak lekang menjadi buah mulut netizen apabila dirinya sekali mendapat tumpuan kerana gambar yang dimuat naik di Instagram.

Ruhainies Like Gambar

Baru sahaja berpisah dengan Bella Astillah, Aliff Aziz memuat naik foto dengan kata-kata hikmah di ruangan kapsyen daripada penulis British, C.S Lewis.
"Kita tak boleh berpatah balik untuk mengubah permulaan, tapi kita boleh bermula di mana kita berada sekarang dan mengubah pengakhirannya," tulisnya.
Namun, apa yang menarik perhatian warganet apabila entri yang dimuat naik pelantun lagu Sayang Sayang di 'like' oleh aktres yang terpalit dengan kontroversi bersamanya sebelum ini, Ruhainies.

"Tak ada rasa bersalah ke?

Gambar berkenaan dikongsi semula di platform X oleh wargamaya di mana majoriti menzahirkan rasa pelik dengan tindakan selebriti berkenaan yang seakan-akan tidak rasa bersalah dengan kes perselingkuhan mereka.
"Ruhainies dengan Aliff Aziz ni tak ada rasa bersalah ke?" tulis seorang netizen.
Perkara itu meraih perhatian netizen lain di mana rata-rata meluahkan rasa sakit hati dengan sikap kedua-dua artis berikut.
Imbas kembali, pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur. Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 petang hari sama.
Untuk info, Bella memfailkan perceraian daripada suami, Aliff pada 11 Mac lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

BERITA TRENDING: Ruhainies Berang Individu Buat ‘Kad Undangan Pertunangan’ Guna Namanya – “Saya Tak Halalkan Awak Berbisnes…”

Sebaik sebutan pertama di hadapan hakim, Wan Mohd Najib Wan Hamat, berakhir, Bella yang ditemui pemberita, memberitahu dia nekad untuk bercerai.

BERITA TRENDING: Lama Sepi! Aliff Aziz Kongsi Video Cover Lagu Hal Hebat, Tapi Hadkan Ruangan Komen?

Bagaimanapun, Aliff tidak hadir ke prosiding tersebut atas urusan penggambaran.

BERITA TRENDING: Ibu & Bapa Restu Andai Aliff Aziz & Ruhainies Berjodohan? - "Jika Itu Yang Terbaik, Kita Aminkan"

Seterusnya, pada prosiding yang berlangsung pada 4 April lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan Aliff dan Bella perlu hadir ke proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) berikutan keputusan Aliff yang tidak bersetuju dengan permohonan cerai dibuat isterinya.

BERITA TRENDING: Didakwa Cadang Jadikan Ruhainies Menantu, Ini Respons Ibu Aliff Aziz

Sebelum ini juga terdapat dakwaan Bella sudah berbaik dengan Aliff selepas tarikh sebutan kes perceraian mereka ditunda daripada 4 Jun kepada 13 Jun.
Bella kemudiannya memuat naik kenyataan di Instagram menyatakan dia sudah lama ‘move on’ dan kini hidup tenang.
Sejak Mac lalu, rumah tangga Bella dan Aliff, menjadi topik hangat apabila Aliff didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama pelakon, Ruhanies, 32, di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 9 Mac lalu.
Terbaharu, pasangan ini akhirnya bercerai buat kali kedua pada 13 Jun 2024.
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live