HIBURAN

Netizen Terhibur Tengok Akhyar Rashid Jadi MUA Eyka Farhana Dalam Flight - “Kenapa Aku Yang Senyum Sorang Ni?

Ainun Md Zooki 25/06/2025 | 12:55 MYT
Pasangan selebriti, Eyka Farhana dan suaminya, Akhyar Rashid sekali lagi mencuri perhatian warganet selepas memuat naik video comel di Instagram.

Menerusi perkongsian tersebut, Akhyar dilihat sedang mencuba untuk menyolek Eyka ketika mereka berada dalam kapal terbang.

Walaupun hasilnya tidak begitu sempurna, namun usaha dan kesungguhan Akhyar membuatkan ramai tersenyum melihat keletah mereka.

Bagaimanapun, Eyka meletakan kepercayaan terhadap suaminya untuk siapkan solekan tersebut.

“Jurumekap dalam penerbangan: suami saya. Saya percaya padanya tapi tak sepenuhnya,” tulisnya.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan usaha Akhyar untuk solekkan isterinya itu dan mendoakan kebahagian mereka berdua.

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

"Apa hal aku senyum sorang sorang tengok sampai habis pula tu. . Semoga bahagia Eyka dan mua."

"Tangan masa pegang puff span tu ada gaya ye. Awasss cushion hilang lepas ni sis."


"Comel gila Eyka dengan Akhyar ni." komen dari netizen.

BERITA BERKAITAN: Eyka Farhana Seronok Belajar Masakan Kedah, Akhyar Rashid Suka Ketam Masak Lemak – “Kami Dah Naik Berat Badan”

BERITA BERKAITAN: Ini Sebab Eyka Farhana & Akhyar Rashid Adakan 5 Majlis Resepsi Kahwin - “Ibarat Mimpi Bila Kami…”

BERITA BERKAITAN: Eyka Farhana & Akhyar Rashid Naik Pelamin Lagi, Netizen Terpegun Dengan Majlis Perkahwinan Berturut-Turut: - “Bestanya Banyak Duit!”

BERITA BERKAITAN: Eyka Farhana Sarung Busana Songket Biru Lembut Di Majlis Bertandang Curi Perhatian Netizen - “Yang Ini Memang Naik Seri”

#Netizen #Eyka Farhana #Akhyar Rashid #Terhibur