Viral

Netizen Terhibur Tengok Harga Kari Kepala Ikan Tak Masuk Akal - “Ikan Tangkap Dari Alam Sebalik Mata Ke?”

gempak
Firdaus
29/05/2024
02:55 MYT
Sponsor Banner
Netizen Terhibur Tengok Harga Kari Kepala Ikan Tak Masuk Akal - “Ikan Tangkap Dari Alam Sebalik Mata Ke?”
Seorang pengguna aplikasi X memuat naik satu hantaran tentang harga kari kepala ikan yang dijual dengan harga ‘kayangan’ di sebuah restoran.

Harga Kayangan

Dalam foto yang dimuat naik, dapat dilihat hidangan kari kepala ikan di restoran tersebut mempunyai tanda harga yang bermula daripada RM150 sehingga RM200 untuk satu kepala.
“Nasib baik ada tanda harga,” tulis netizen itu. Bagaimanapun, ramai wargamaya yang tersalah erti bahawa lauk berkenaan berharga ratusan ribu kerana cara penulisan restoran tersebut yang dianggap mengelirukan.

“Yang ni nak makan kena ambil loan...

Susulan penularan gambar berikut, rata-rata netizen meninggalkan komen lawak di samping ada yang menzahirkan rasa terkejut dengan harga yang ditetapkan.
“Kalau makan ni, boleh rentas Lautan Hindi tanpa bantuan pernafasan,”
“Yang ni nak makan kena ambil loan,”
“Ikan ni tangkap dari alam sebalik mata ke?”
“Wow harga ni tak masuk akal! Restoran Jepun pun tak letak harga mahal macam ni.”
Sekadar info, tiada maklumat tentang lokasi restoran berikut.

BERITA TRENDING:Polis Siasat Chef Wan Kaitkan Gaun Aishwarya Rai Dengan Thaipusam

Setakat artikel ini ditulis, posting itu meraih lebih 100,000 tontonan dan hampir 500 hantaran semula di Platform X.
Sumber: Platform X
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live