Beberapa keping gambar tangkap layar yang memaparkan private group di platform Facebook yang bernama ‘Sewa Isteri Orang’ dan ‘Suami Isteri Terabai’ berjaya mencuri perhatian netizen.

Kewujudan kumpulan seperti itu sekaligus menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen.

Bukan itu sahaja, ruangan bio yang menggunakan ayat berbaur lucah turut menambah rasa kurang senang netizen.
"Untuk yang terabai sahaja, happy-happy, noty-noty," tulisnya di ruangan bio.

Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir netizen yang terkejut dan ada juga yang berkongsi pendapat mereka tentang kumpulan itu.

“Ramai betul terabai sampai 100k.

“Tukar je la name group tu isteri isi neraka. Kah!

Berita Trending: Bawa Anak-Anak Makan Di Restoran ‘Hantu’, Parents Ini Dikritik Netizen - “Kesian Budak Tu Mesti Trauma…

“Tolonglah. Kalau masih rasa nak buat dosa, janganlah kahwin. Jangan khianat hati orang.

“Kahwin nak elak maksiat is a scam. Sebab nanti dapat yang tak same taste in s*x mesti jadi macam ni.

“Ingat geng dah kawin ni baik-baik ke? Dah kahwin elak maksiat konon," komen beberapa netizen.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran ini telah mendapat sebanyak 79 ribu tontonan di platform X.