Viral

Bawa Anak-Anak Makan Di Restoran ‘Hantu’, Parents Ini Dikritik Netizen - “Kesian Budak Tu Mesti Trauma Lepas Ni”

gempak
Gempak
22/02/2024
01:55 MYT
Sponsor Banner
Bawa Anak-Anak Makan Di Restoran ‘Hantu’, Parents Ini Dikritik Netizen - “Kesian Budak Tu Mesti Trauma Lepas Ni”
Sejak kebelakangan ini, restoran dengan tema unik dan pelik dilihat menjadi pilihan buat pengguna untuk mencuba sesuatu yang baharu.
Namun, tidak semua restoran dengan tema eksentrik mampu memberi pengalaman mengujakan buat pengunjung.

BERITA TRENDING: Netizen Terkejut Restoran Ini Naikkan Caj Perkhidmatan Kepada 15% Sempena Tahun Baharu Cina

Menerusi sepotong video yang viral di platform X, dua kanak-kanak dilihat menangis ketakutan gara-gara ibu dan bapa mereka mengunjungi sebuah restoran dengan tema hantu untuk menjamu selera.
Hal ini menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, khususnya mereka yang menyalahkan ibu bapa kanak-kanak itu kerana memberikan pengalaman yang kurang menyenangkan sehingga didakwa mampu menyebabkan trauma.

BERITA TRENDING: Restoran ‘Layan Diri’ Raih Perhatian Netizen - “Sendiri Bungkus, Kira & Bayar, Semua Bergantung Pada Kejujuran…”

“Kesian budak tu. Mesti trauma lepas ni.”
“Dah tahu anak tu penakut lagi bawak tempat makan macam ni.”
“Tu la mak bapak masing-masing FOMO. Semua nk try. Eihhh tak m*ti la tak pergi tempat macam ni.”
Sehingga artikel ini ditulis, video berkenaan diulang siar sebanyak lebih 800 pengguna dengan lebih 400,000 tontonan.
Sumber: Platform X

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live