Pelakon Nadzmi Adhwa mengumumkan isterinya, Ardell Aryana telah selamat melahirkan anak kedua mereka pada 12.58 pagi Selasa di sebuah hospital swasta di Serdang, Selangor.

Memanjatkan kesyukuran dengan kelahiran cahaya mata mereka secara normal, Nadzmi, 30, turut berkongsi keadaan semasa isteri serta anak mereka.

"Alhamdulillah... Isteri saya telah selamat melahirkan anak kedua kami, secara normal pada hari ini 25 Julai 2023, jam 12.58 awal pagi tadi.

"Terima kasih doa yang baik-baik dari semua. Syukur kedua-dua Ibu dan anak selamat," maklumnya.

Nadzmi berkongsi berita gembira itu di akaun Instagram miliknya.

Menerusi hantaran yang sama, Nadzmi memuat naik rakaman video isterinya saat dimasukkan di dalam wad sambil disorong di atas katil oleh seorang jururawat.

Kemas kini itu mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata gembira dan terkejut dengan berita berkenaan kerana mereka sebelum ini tidak pernah memaklumkan bakal menimang cahaya mata kedua.

"Baru bulan lalu tahu Ardell mengandung, tahu-tahu dah bersalin," kata seorang pengikutnya.

"Alhamdulilah saya seorang je ke tak tahu Ardell mengandung?" tanya seorang warga maya.

"Know know dah tambah lagi seorang," komen seorang netizen.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada September 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata Arwa Malaikha Urwa yang berusia tiga tahun.