gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Enggan Terlalu Yakin, Hariz Fayahet Anggap Semua Peserta Punya Peluang Sama
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: 10 Suara, Siapa Akan Ke Final? Jom Semak Senarai Lagu Minggu Separuh Akhir
HIBURAN
“Tak Nak Susahkan Mama…” - Cik B Mahu Cepat Sembuh, Ikhtiar Jumpa Bomoh Tulang
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Netizen Terkejut Reviu Produk Sampai Tangan Biru Macam Kulit Mayat, Mia Sara; "Main Cakap Je ..."

Amri Hassan
Amri Hassan
27/05/2021
04:15 MYT
Sponsor Banner
Netizen Terkejut Reviu Produk Sampai Tangan Biru Macam Kulit Mayat, Mia Sara; "Main Cakap Je ..."
Hantaran imej tangan terlebih putih hingga kulit menjadi kebiru-biruan di akaun Instagram pelakon Mia Sara Nasuha heboh diperkatakan netizen.
Menerusi kemaskini Mia Sara di Instagram baru-baru ini, visual tangan yang menampakkan urat kebiru-biruan itu dianggap mengganggu dan memberikan pengaruh tidak baik terutama kepada pengguna bawah umur.
"Hai Mia Sara, saya sayangkan kamu, tolonglah pilih produk untuk direviu dengan bijak.
"Kamu masih muda dan saya percaya kamu boleh belajar dan mendidik diri sendiri mengenai bahaya dan kepentingan sesuatu produk. Jangan risikokan kesihatan untuk kecantikan sementara," ciap seorang pengguna di Twitter.
Pengguna terbabit turut memaparkan paparan skrin yang dirakamkan dari akaun Instagram Mia Sara.
Difahamkan produk tersebut merupakan makanan tambahan untuk memutihkan kulit yang dijual secara atas talian.
Bagaimanapun, hal itu menarik perhatian Mia Sara yang membalas ciapan pengguna berkenaan secara umum.
"Siapa cakap saya boleh memilih (untuk reviu produk). Diorang pun main cakap je kenal saya pun tidak," tulisnya.
Meninjau ruangan komen hantaran terbabit, ramai yang terkejut hingga ada yang menyamakan tangan yang terlampau putih itu seperti kulit ayam dan karakter filem Avatar.
Malah, ada yang turut menasihati pengguna agar tidak mudah terpengaruh dengan produk yang boleh merisikokan kesihatan diri sendiri.
"Tangan mayat mana kau kutip nak buat promote produk ni.
"Ni bukan putih, ini biru.
"Tak payah telan-telan untuk putih, rosak buah pinggang. Dah meninggal nanti dapat putih macam ni.
"uish Mia, biar betul, kalau pakai ni boleh jadi mayat hidup," demikian antara komen yang ditulis di akaun Instagram pelakon itu.
Bagaimanapun, posting terbabit telah dipadamkan.
Topic Berkaitan
#pelakon
#Viral
#Produk
#Netizen
#Reviu
#Mia Sara Nasuha
#Tangan
#Biru
#Supplement
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement