HIBURAN
Netizen Terkejut Tengok Rutin Malam Intan Najuwa, Nak Tidur Pun ‘Curl’ Rambut - “Ini Bukan Tentang Kaya Tapi…”
Pelakon, Datin Intan Najuwa sekali lagi meraih perhatian warganet selepas berkongsi rutin penjagaan wajah sebelum tidur.
Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid,28, berkongsi video berkenaan selepas ramai yang bertanyakan mengenai rutin penjagaan wajah pada sebelah malam.
Sempat berseloroh Intan juga mengatakan bahawa tempoh masa untuknya bersiap sebelum tidur mengambil masa tiga hingga ke empat jam.
“My night routine. Ramai yang tanya, tiap malam selalu ambik masa berapa lama self-care.
“Ada lah dalam 3-4 jam,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terpegun dengan kerajinan pelakon drama Jodohku Babysitter itu melakukan rutin malamnya.
“Patut la aku x cantik, cuci muka pn pkai shampoo skali dgn sabun badan😂 skncare stahun sekali.
“Ini bukan tentang kaya tpi tentang kerajinan😭 aku beli stu set lengkap tahan seminggu je nok kerajinan lpstu hm
“Nak tidur pun buat rambut,kite ni kdg rambut pun x bersikat.
“Nak tdo pun rambut curl2 ye. Rajin betul datin.
“Kita bukannya tak cantik tapi kita malasss
“Intan Najuwa role model aku supaya tetap rajin jaga diri walaupun versi duit nipis
“Patotlaa cantikk , skincare pun dah 3-4 jam . akuu sebelom tido moisturizer 2minit cukoppp la nokk,” tulis netizen.
Must-Watch Video