VIRAL
Netizen Terpukau Tengok Eyka Farhana Sempat Bersiap Masak Di Dapur - "Manakala Kita Dengan Kicap Sama Naik"
Pelakon, Eyka Farhana sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas memuat naik sebuah video dirinya masak ayam masak kicap untuk suami tular di Instagram.
Menerusi perkongsian itu, aktres itu dilihat tampil bersahaja di dapur sambil menunjukkan langkah menyediakan hidangan tersebut.
Menerusi perkongsian itu, aktres itu dilihat tampil bersahaja di dapur sambil menunjukkan langkah menyediakan hidangan tersebut.
“Ayam masak kicap je awak,” tulisnya.
Namun, apa yang mencuri perhatian netizen adalah penampilan gaya rambut Eyka di dapur membuatkan ramai yang terpegun.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan Eyka yang tetap menyerlah walaupun berada di dalam dapur malah sempat berseloroh membandingkan situasi sendiri ketika memasak.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Dia masak ayam kicap elok kemain. Kita kalau masak ayam masak kicap, kita berkicap sama naik.”
“Dia masuk dapur pun cantik macam pergi red carpet rambut. Aku keluar pergi holiday oun macam takde beza dengan pergi pasar basah beli ikan.”
“Kelas betul rambut kepok kepok masak ayam masak kicap,” komen netizen.