Status perkahwinan pelakon Irma Hasmie dengan Redza Syah Azmeer sudah berakhir sejak enam bulan lalu.

Pendedahan yang dilakukan oleh seorang individu dipercayai rakannya iaitu Reen Emran ternyata menjawab segala teka teki netizen sebelum ini.

Netizen puji tutup aib bekas suami

Menerusi tinjauan di media sosial, selepas kenyataan itu dikeluarkan oleh rakannya, rata-rata netizen memuji sikap Irma tidak berkongsi masalah rumah tangga yang dilaluinya kepada umum.

Walaupun masih ada yang terkejut mendengar perkhabaran itu, namun netizen juga turut mendoakan yang baik-baik buat Irma.




BERITA TRENDING: Rakan Artis Dedah Irma Hasmie Sudah Bercerai 6 Bulan Lalu


Terdahulu, bekas suami Irma, Redza Syah Azmeer memaklumkan dia sudah berkahwin baharu selepas lelaki itu memuat naik foto perkahwinan di akaun Instagram (IG), baru-baru ini.

Sebelum ini, timbul dakwaan rumah tangga Irma dan suami dikatakan sedang dilanda badai susulan jarang memuat naik foto bersama sejak Ogos 2023.

BERITA TRENDING: Rumah Tangga Didakwa Bergelora, Irma Hasmie Mohon Netizen Jangan Mudah Menilai - "Saya Hanya Berkongsi ..."

Untuk rekod, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Bagaimanapun, usaha media untuk mendapatkan pengesahan daripada Irma bertemu jalan buntu.