Pelakon remaja Mia Sara Nasuha tampil membidas komen tidak masuk akal segelintir pengguna di media sosial yang mengkritik tindakannya ketika divaksin oleh doktor lelaki baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsikan Mia Sara, 16, di TikTok, rata-rata komen yang ditulis menegur tindakannya yang tidak menjaga aurat ketika prosedur tersebut.

Justeru, kata Mia Sara, komen sedemikian tidak seharusnya ditulis memandangkan umum mengetahui situasi terbabit demi tujuan perubatan.

"Kenapa korang semua marah apabila doktor yang suntik saya adalah lelaki? Anda tahu kan saya tak boleh pilih dan untuk tujuan perubatan, ia tiada masalah.

"Itulah sebabnya kalau nak komen sesuatu perlu tahu dulu apa yang korang perkatakan," tegasnya menerusi ciapan di Twitter.



Mia Sara telah mendapatkan suntikan vaksin pertamanya pada Isnin lalu dan berkongsi videonya disuntik petugas kesihatan di akaun media sosialnya.

Tulis beberapa pengguna; "Kenapa lelaki yang tolong bagi vaksin? Aku kalau lelaki yang bagi memang aku tak nak, terus takut nak buka."
@miasaranasuha

1st dose done ✅ batch 05 HAHAHAH i just saw a kid raging on tiktok bcs he's/she's too young to be vaccinated ?

♬ love nwantiti (feat. Dj Yo! & AX'EL) [Remix] - CKay


Isu itu mendapat perhatian petugas kesihatan Hospital Serdang yang turut memberikan justifikasi tentang petugas di PPV.

"Aduhai adik-adik semua, saya dari Hospital Serdang. Memang tak lah nak memilih jantina pesakit atau doktor ni," katanya.

Daripada sudut agama, hukum melihat aurat adalah harus jika terpaksa seperti perubatan. Harus bagi seorang ahli perubatan sesama jenis dengan pesakit melihat kepada aurat pesakit tersebut tanpa ada mahram yang menemani.

Jika ahli perubatan berlainan jenis dengan pesakit, diwajibkan ada bersama mahram yang menemani dan dengan syarat tiadanya ahli perubatan sama jantina di sana.