Pelakon Maya Karin memberikan respon positif apabila peminat mahukan dia kembali menerusi filem seram, Pontianak Harum Sundal Malam (PHSM) 3.

Menerusi laman sosial Instagram, Maya memuat naik sekeping foto tweet daripada netizen yang menantikan watak Meriam menerusi filem seram lakonannya itu.

“We’re still waiting for PHSM3, Maya Karin,” tulis netizen yang dikenali sebagai Fariz.

“Who’s with Fariz?” tanya Maya di ruangan kapsyen.

Tambah meyakinkan apabila pengarah popular Ghaz Abu Bakar turut meninggalkan komen mahu mengarahkan siri ketiga filem tersebut.

Who’s with Fariz? #phsm #phsm3

A post shared by Maya Karin (@maya_karin) on


“Meh bagi I buat, I buat betul-betul seram,” komen Ghaz di ruangan komen.

Cadangan Fariz tersebut nampaknya menerima reaksi positif daripada netizen apabila ramai yang mahukan idea PHSM3 segera direalisasikan.

“Yes. But Shumi kena hire young screenwriter to help her share her stories. Bukan apa, her recent films kinda mehh sikit. And, please get Misha Omar to sing the soundtrack,” komen seorang netizen yang mahukan penyanyi yang sama menyanyikan lagu runut bunyi PHSM3.

“Me me me! My first movie that I watch at the cinema is Pontianak Harum Sundal Malam 2 with my mom,” ujar seorang netizen mengimbau kenangan.
“Fariz speaks for all Malaysians!” kata seorang netizen lagi.

“Macam mana ni Maya? Ramai yang mintak ni.. Boleh collect RM20 juta tak agak-agak?” tanya Ghaz sekali lagi.

Filem seram arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba itu ditayangkan pada tahun 2004 dan sekuelnya, Pontianak Harum Sundal Malam 2 dikeluarkan pada tahun 2005.

Ghaz Abu Bakar sebelum ini cukup dikenali menerusi filem Polis Evo, Cicak Man 3 dan Suami Aku Ustaz.