Netizen Ungkit Ruhainies Pernah Tuduh Sophia Albarakbah Perosak Industri, Akhirnya Kata-Kata Makan Diri! Ini Respons Lanjut ...
Mya Amri
09/03/2024 05:00 MYT
09/03/2024 05:00 MYT
Nama pelakon Ruhainies menjadi panas berikutan dakwaan ditangkap khalwat bersama aktor Aliff Aziz awal pagi tadi.
Sehingga kini masih lagi belum ada kenyataan rasmi daripada pihak Ruhainies mahu pun kakaknya iaitu pelakon Risteena mengenai hal tersebut.
Disebabkan itu juga, rata-rata netizen mula mengungkit kembali kejadian sebelum ini melibatkan Aliff dan juga Sophia Albarakbah yang didakwa sebagai penyondol.
Antara komen netizen yang menarik perhatian adalah tentang Ruhainies berkenaan kes Sophia.
“Hari tu Si Ruhainies pernah komen buruk pasal si Sophia dekat IG Bella, siap cakap Sophia ni perosak industri hiburan.
“Dan akhirnya kata-kata makan diri sendiri. Sekarang ni siapa yang perosak sebenarnya?” tulis seorang netizen.
Tidak cepat melatah, Sophia bagaimanapun membalas komen tersebut.
“Alhamdulillah, god is great,” tulisnya ringkas.
BERITA TRENDING: "Beri Ruang Pada Bella" - Didi Astillah
BERITA TRENDING: “Aku Tak Boleh Brain Lelaki Macam Ni!” - Mila Jirin Beri Sokongan Pada Bella Astillah
Terdahulu, tular laporan media apabila seorang selebriti berstatus suami orang dilaporkan berkhalwat dengan seorang pelakon wanita di sebuah kondominium mewah.
BERITA TRENDING: Artis Berstatus Suami Orang & Pelakon Wanita Dicekup Berkhalwat?
BERITA TRENDING: CCTV Rakam Kelibat Aliff Aziz, Ruhainies?
Turut tersebar di media sosial, video menunjukkan Bella bersama Didi dan penyanyi Adira Suhaimi hadir ke pejabat agama.
Sementara itu, pihak Gempak sedang cuba mendapatkan kenyataan daripada Risteena berhubung dakwaan adiknya, Ruhainies ditangkap khalwat bersama Aliff Aziz.
Tahun lalu, Bella menerusi satu hantaran di Instagram mendedahkan pelakon Sophia merupakan ‘heroin’ yang didakwa mengganggu rumah tangga dia dan suami.
Sophia didakwa mula menjadi penganggu rumah tangga pasangan itu apabila dia dan Aliff digandingkan dalam sebuah drama.