"Never Ever Think Only You Are The Best And Only You Can Succeed" - Sherry Ibrahim

Zulaikha Yusof
November 8, 2018 04:58 MYT
Pelakon Sherry Ibrahim akui tidak mudah untuk berjaya dalam sesuatu perniagaan.
Sherry berkongsi luahan hatinya menerusi coretan panjang di akaun Instagram (IG) miliknya.
Kata Sherry, setiap kejayaan datang bukan hanya dari Yang Maha Berkuasa, namun perlu ada kerja keras dari diri sendiri juga.
"Everyday is learning process. In whatever you do..big or small, you and I must hustle, moving forward and don't look back and of course yang penting hati kena ikhlas, penuh kesabaran, full of passion, enjoy work, team work, rajin dan jangan pentingkan diri sendiri.
"Setiap kejayaan bukan sahaja ditentukan dari Yang Maha Kuasa tapi usaha keras dan usaha ke arah kebaikan juga perlu ada bila kita buat sesuatu business," tulisnya.
Sherry mengingatkan supaya tidak menyalahkan orang lain jika perniagaan menghadapi masalah.
"Kalau business tak menjadi atau merundum, jangan tunding jari pada orang lain tapi tanya diri sendiri dan belajar dari kesilapan.
"Kerana takde masa untuk asyik bising sana sini, dan lebih baik cari masa untuk selesaikan masalah yang menimpa," ujarnya.
Malah, Sherry juga berpesan supaya tidak hanya berfikir diri sendiri sahaja yang terbaik kerana di luar sana ramai lagi yang berkejar untuk berjaya.
"Also never ever think only you are the best and only you can succeed.
"Sebab end of the day ramai yang lain pun nak berniaga, ingin maju dan kaya.
"Doa banyak-banyak pada Allah swt lebih baik dari menabur fitnah dan menjatuhkan moral diri sendiri sampai orang hilang hormat," kongsinya.
Sherry menyeru kepada semua orang supaya fokus ke hadapan serta sentiasa berusaha dengan cara positif, etika dan mempunyai kelakuan yang baik.
"Again a reminder to me and some of you. Lets keep moving forward and hustle but of course in a positive way, good ethic dan manners.
"Bak kata my mentor yang sangat berjaya, kaya, humble dan jujur, Sherry ignore all the small drama and keep chasing your dreams cause time is so precious, tulis Sherry.
#pelakon #Sherry Ibrahim #Pelakon