Semalam, pelawak dan usahawan terkenal Shuib telah berkongsi sepotong video ketika menyertai pertandingan golf pada Sabtu lalu.

Namun apa yang menarik perhatian ialah, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut mencemar duli turun ke padang golf bersama Shuib.

Kejohanan Tunku Azizah Golf Challenge itu telah berlangsung di Mahkota Golf & Country Club, Kuantan, Pahang.

Menyimpan kenangan tersebut di Instagram (IG)nya, rata-rata pengikut Shuib di laman sosial itu termasuk rakan-rakan artis menganggap Shuib bertuah kerana dapat bersantai bersama permaisuri kesayangan rakyat.

“Next level!”, tulis pelakon Hairul Azreen di ruangan komen.

“Sikit lagi Ib, dekat dah tu…Alhamdulillah, tahniah!,” kata Mawi pula.

Selain itu ada juga pengikut yang mengusik Shuib bakal mendapat gelaran Datuk selepas bermain golf bersama Permasuri Agong.

“Tak lama lagi dapat Dato’ la ni Shuib!

“Tan Sri Shuib!

“Wah! Bukan kaleng-kaleng ni…hebat!”

Antara komen dan usikan nakal netizen kepada Shuib.

Selain itu, ramai juga yang mengagumi Raja Permaisuri Agong kerana sikap rendah diri dan sentiasa ramah dengan rakyat.

Malah ketika bersama Shuib di padang golf, baginda kelihatan ceria dan tidak kekok bersembang, seperti sudah lama mengenali di antara satu sama lain.

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)