"Kenapa buat I macam cekodok?" demikian kapsyen yang ditulis Isyariana dalam sepotong video di Instagram memaparkan babak dirinya dipukul oleh Iqram Dinzly.

Dalam video terbabit, Isyariana yang memakai kemeja-t kuning kelihatan sedang berguling-guling menahan sakit sambil dipukul, dibelasah dan ditendang oleh Iqram serta Arena Wan.

Pada hujung video itu pula Isyariana ditekup dengan bantal oleh Iqram dan Arena hingga akhirnya sukar untuk bernafas.

Video yang diambil daripada sedutan drama Hati Yang Dikhianati itu mendapat reaksi luar jangka daripada netizen. Rata-ratanya geram dan kasihan dengan aksi tanpa belas ehsan itu.

A post shared by ISYARIANA (@isyariana)


"Aik kenapa pula Baby belasah kakak dia sendiri?

"Kenapa Baby pun bersubahat ya.... Tak acilah siapa yang pengkhianat sebenanya ni?

"Geram pula aku tengok!!!

"Memang babak ni kejam kena dengan wataknya. Syabas lakonan bagus memang ngeri lihat macam betul.

"Iqram Dinzly kalu berlakon memang AAA. Good actor.

"Ni plot twist penonton ker? Adoi penonton ni yang bukan-bukan ya bagi plot twist. Dah merepek teruk dah ni tiba-tiba budak tu jadi jahat," demikian coret beberapa pengguna di Instagram Isyariana.

Hati Yang Dikhianati yang diadaptasi dari drama popular Mis Tres Hermanas bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 6 petang di saluran Astro Prima atau boleh distrim di Astro Go dan Ultra Box.

Hati Yang Dikhianati dibintangi oleh Isyariana, Amar Baharin, Malek Mccrone, Mona Allen, Zamarul Hisham, Shah Iskandar, Mia Nasir dan ramai lagi.