Ngeri, seorang lelaki berusia 35 tahun didakwa menyerang dan menetak isteri dan kekasih gelap wanita itu sehingga mati menggunakan sebilah kapak selepas melihat mereka berdua-duaan.

Lapor laman berita NDTV, suspek yang dikenal pasti sebagai Murai Baghel, didakwa membunuh kedua-dua mangsa di sebuah kampung di daerah Gwalior, dalam negeri Madhya Pradesh.

“Kejadian berlaku di kampung Semri, kira-kira 50 kilometer dari ibu pejabat daerah. Kedua-dua mangsa ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah.

“Suspek membunuh mereka dengan kapak selepas melihat mereka bersama-sama,” kata seorang pegawai polis, Vivek Kumar Sharma kepada agensi berita PTI.

Polis kini sedang memburu suspek yang melarikan diri.

Sumber: NDTV