Laman Utama
“Ni Baju Melayu Nate Apo Pulok… Allahu” – Baju Melayu Macam ‘Orang-Orang’ Undang Reaksi Lucu Netizen
Apabila tibanya bulan Ramadan pasti ramai yang mula sibuk mencari rekaan baju raya untuk menyambut Aidilfitri.
Untuk memberikan sedikit kelainan maka timbulnya rekaan-rekaan pelik baju raya yang mengundang pelbagai reaksi netizen.
Terbaru, rekaan busana baju melayu yang besar dan singkat sudah mula tular di media sosial sejak semalam.
Gara-gara baju tersebut juga, media sosial meriah dengan ‘tread’ lucu yang dibuat oleh netizen sebagai respon kepada baju melayu yang disifatkan melucukan dan tidak sepatutnya wujud.Nie baju melayu nate apo pulok. Allahu ??♂️ pic.twitter.com/ZbshEasHjy— fazzzzzzzzzzzzzz (@fazrenfauzy) May 3, 2019
Ni utk cover perut lepas g rumah terbuka 5 6 buah rumah 1 ari n xde juga sindiran “kau mengandung ke” wlaupn sbnrnye perut buncit bkn mengandung
— yuswali buang (@yuswalibuang) May 4, 2019
Tidak kurang juga ada yang menyamakan rekaan busana tersebut menyerupai orang-orang disawah padi.
Ni dia panggil baju Melayu untuk orang-orang kat sawah padi...lepas solat Raya, dorg2 ni akan berjemur dekat sawah padi sbb ganti orang2 asal ????????????????????????????????????????????????????????????????????? https://t.co/kVdnpo8Rfx— Kai Rule (@ampheneous) May 4, 2019
Terdahulu, pereka fesyen, Anuar Faizal Official juga antara yang menjadi mangsa kecaman kerana rekaan baju rayanya didakwa kelihatan seperti baju program Bolos.Ini mesti baju "orang orang" kat tengah sawah padi kan? Depa pun nak beraya jugak
— nope, not me (@d4nnx_) May 4, 2019
Must-Watch Video