Hiburan
“Ni Baru Sesuai Umur 19 Tahun” - Jadi Pelajar Sekolah, Ummi Nazeera Raih Pujian Netizen
Pelakon Ummi Nazeera tampil berlakon sebagai pelajar sekoleh berusia 19 tahun dalam sebuah drama bersiri yang berjudul Korban Kasih.
Menerusi laman sosial Instagram, Ummi berkongsi foto mengenakan seragam sekolah sewaktu sesi penggambaran untuk tatapan umum.
“Hi, saya Nur Aisya. Masa ni tahun ambil STPM. Sedikit tentang Aisya, ayah Aisya meningal masa Aisya kecil lagi. Sejak tu abang Hassan yang sara Aisya dan mak.
“Cita-cita Aisya pulak nak jadi cikgu. Nak sangat jadi cikgu! Harap impian jadi kenyataan la. Dalam drama Korban Kasih, cerita Aisya akan bermula dari STPM sehingga la dah bekerja dan berkahwin. Jangan kecam kecam tau,” tulis Ummi menceritakan peranannya.
Menerusi drama yang sama, tiga pelakon Saharul Ridzwan, Azrel Ismail dan Zara Zya menerima kecaman wargamaya gara-gara wajah mereka yang berusia dan dikatakan tidak sesuai membawakan watak sebagai pelajar sekolah.
BACA: “Masing-Masing Macam Dah 36 Kali Baligh” - Jadi Pelajar Sekolah, Pelakon-Pelakon Drama Ini ‘Dibahan’ Netizen
Namun berbeza dengan Ummi, rata-rata wargamaya memuji wajah ‘baby face’ Ummi yang sesuai memegang watak sebagai anak remaja walaupun telah berusia 29 tahun.
Tinjauan Gempak di ruangan komen, ramai wargamaya memberikan maklum balas yang positif terhadap watak Ummi.
“Hi kakak comel, baby face sangat!” komen seorang wargamaya.
“Barulah padan macam ni umur 19 tahun,” kata seorang wargamaya.
“Eh nampam macam budak 14 tahun la,” usik seorang wargamaya.
“Alololo comelnya! Ummi nampak muda la,” tegur seorang wargamaya lagi.
Ini bukan kali pertama Ummi tampil membawa watak sebagai seorang remaja.
Terdahulu, Ummi pernah membawa peranan sebagai pelajar kolej menerusi filem Gol & Gincu Vol. 2 pada tahun tahun 2018.
Must-Watch Video