Memang terkejut juga apabila membelek Instagram tiba-tiba terlihat sekeping gambar Siti Nordiana sedang duduk di sebelah pelakon terkenal Bollywood.

Pelakon hebat Bollywood Shah Rukh Khan sedang memegang sejambak bunga matahari 'duduk' di sebelah Siti Nordiana.

"Pagi2 dah dpt bunga dari buah hati I. Jangan jeles uols," seloroh Siti Nordiana atau Nana.

Haish berbunga hati i. Pagi2 da dpt bunga dari buah hati i ? Jangan jeles uols . ? @nellysnss

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana) on


Gambar tersebut di edit cantik oleh seorang peminat Nana. Rata-rata meninggalkan komen terhibur dengan gambar tersebut termasuklah teman-teman artis.

"Ni dah jadi Cekelat Honey Curry," komen penyanyi dan pelakon Zarul Umbrella.

"Itu genggam bunga macam genggam penumbuk tu," tulis Syafiq Farhain pula.

Siti Nordiana baru sahaja memenangi Artis Top Top MeleTOP Wanita di Anugerah MeleTOP Era 2019 dan mempunyai 3.1 juta pengikut di Instagramnya.

Kredit Gambar: Instagram