Hiburan

"Ni Gambar Promo Untuk Astro First Bila Saya Sign Jadi Artis Astro..." - Aaron Aziz Teringat Kenangan Lama

Badrul Hashim
05/05/2020
22:45 MYT
Datuk Aaron Aziz pernah mengecapi kegemilangannya dalam filem dan televisyen, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara kelahiran asalnya, Singapura.
Dua kali dia merangkul anugerah Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH.
Anugerah demi anugerah diraihnya, tidak kira dalam kategori terbaik mahupun popular, malah lakonannya dalam filem Ombak Rindu sehingga kini menjadi salah satu lakonan yang paling diingati.
Mengikuti perjalanan kariernya, Aaron Aziz pernah bernaung di bawah Astro, stesen satelit nombor satu di Malaysia selama tiga tahun.
Beliau bersama dua lagi selebriti popular iaitu Zizan dan Johan dipilih menjadi artis eksklusif Astro berdasarkan bakat dan pencapaian yang mereka perolehi.
"Those were the days. Ni gambar promo untuk Astro first time bila saya sign jadi Artis Astro. Lama gila ni. 2008-2009 gitu," tulis Aaron pada satu entri di Instagram, mengingati kisah lama.
Bersama Astro, Aaron Aziz menjalani penggambaran drama 80 episod, filem dan pelbagai lagi yang disediakan untuk pelakon yang cukup berbakat ini.
Pastinya pelakon yang kini sudah menceburkan diri di bidang pengarahan, pengacaraan dan mempunyai artis sendiri di bawah naungannya akan terus maju jaya.
Aaron yang berkahwin dengan Diyana Halik pada 2003 dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata. Beliau juga telah mendapat taraf pemastautin tetap Malaysia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Michael Ang Tak Ada Komen Isu Langgar Kontrak, Biar Peguam Selesaikan Isu

gempak
24/07/2024
08:55 MYT
Penerbit dan pengarah, Michael Ang menyatakan dia tidak mempunyai sebarang komen berkaitan tindakan saman yang bakal diambil terhadap dirinya.
Viral

Jennifer Coppen Nafi Dali Wassink Kemalangan Akibat Mabuk, Bertengkar Sebelum Kejadian… Kongsi Pesanan Terakhir Suami

gempak
22/07/2024
15:55 MYT
Jennifer turut menafikan dakwaan yang dia dan Dali bertikam lidah sebelum kejadian tersebut.
Hiburan

Tak Mahu Ulas Tentang Isu Rumah Tangga, Mawar Rashid Mahu Fokus Besarkan Anak

gempak
21/07/2024
23:58 MYT
Pelakon Mawar Rashid, 29, tidak mahu membahaskan mengenai bekas suami, Raf Yaakob, 39, selepas berpisah pada November tahun lalu kerana bimbang timbul salah faham antara mereka berdua.
Hiburan

Ruhainies Sebak Rai Pra-Hari Jadi Ke-32, Tahlil & Doa Selamat, Kongsi Rezeki Bersama Pelajar Tahfiz

gempak
21/07/2024
08:30 MYT
Pelakon sensasi Ruhainies seakan-akan gagal menahan sebak ketika sambutan pra-ulangtahun kelahirannya ke-32 pada Sabtu.
Hiburan

Teman Wanita Dakwa Dipukul Pelakon Tarik Balik Laporan Polis

gempak
20/07/2024
07:30 MYT
Wanita yang membuat laporan polis mendakwa dipukul teman lelakinya yang juga pelakon sudah menarik balik aduannya.