Menurut Siti, sukan kayuhan basikal banyak memberi manfaat kepada dirinya terutamanya memberikan kesihatan kepada tubuh badan.

"Saya dapat beriadah bersama insan tersayang dan dalam masa sama saya dapat kawan-kawan baru yang berkongsi minat yang sama.
"Saling memberi sokongan. Ada yang tak pernah kenal, bila nak mendaki bukit, pakat-pakat jerit bagi semangan walaupun nafas dah mencungap-cungap. Bila dapat tawan bukit tinggi, itulah kepuasan sebenar," kata Siti dalam satu entri di Instagramnya.
Siti turut berkongsi bahawa suami tercinta, Datuk Sri Khalid Mohd Jiwa merupakan jurulatih sepanjang hayat buat dirinya.
"Ini jurulatih ke akhir hayat. Aamiin. Partner in crime," tulis Siti sambil bergambar dengan suami tercinta.
Siti turut menyertai beberapa pertandingan kayuhan basika, dan pernah mengalami kemalangan dalam sukan yang diminatinya itu. Malah, harga tayar basikalnya pernah menjadi perbincangan hangat pada suatu ketika dulu.
Baca: Lutut Terkoyak! Siti Nurhaliza Kemalangan Ketika Kayuh Basikal
Baca: Harga Tayar Basikal Boleh Beli Proton Saga? Ini Komen Tok Ti!


