“Ni Lah Punca Bapak Berat Nak Pergi Kerja!”- Anak Tak Sihat, Shaheizy Sam Berat Hati Tinggal

Mya Amri
Februari 15, 2019 06:57 MYT
Pelakon, Shaheizy Sam akui berat hati untuk keluar bekerja lebih-lebih lagi apabila mendengar anak kesayangnya Syeriv Samheizy yang kurang sihat memanggil ‘bapak’ berulang kali.
Sam berkongsi perkara itu menerusi satu video pendek yang dimuat naik di akaun Instagramnya semalam.
Video itu merakamkan anak lelakinya itu sedang bermain air sambil memangil ‘bapak’ berulang-kali.
Namun disebabkan masih demam, Syeriv mula merengek apabila diberitahu bapanya pergi bekerja.
“Aloloo. Ni la punca-punca bapak berat nak pegi kerja!!” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, pengikutnya juga berkongsi pengalaman yang sama dengan Sam selain mendoakan Syeriv kembali sihat seperti sediakala.
“Sama dengan my boy, asyik cari babah je. Sampai babah dia pun terpaksa balik kerja awal. Hahah” kongsi @intanfarahfaishal
“Alahai ciannya baby, semoga cepat sembuh ye sayang. Amin,” komen @aza_arein
Shaheizy dan Syatilla berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017.
Untuk perkembangan terkini, Syatilla kini sarat hamil anak kedua.
Foto: Instagram @shaheizy_sam
#pelakon #Shaheizy Sam #Pelakon #Syeriv Samheizy