,
Berita

"Ni Lah Yang Kita Gelarkan Berbaju Tapi Bogel" - Gara-Gara Kongsi Gambar Punggung Melentik, Sharifah Sakinah Ditegur Netizen

ZULHILMI JALIL
22/06/2020
05:50 MYT
Pelakon Sharifah Sakinah mencuri tumpuan netizen apabila berkongsi sekeping foto yang memaparkan dirinya melakukan pose dengan menayangkan bahagian punggungnya di Instagram.
Rata-rata netizen seperti tidak senang apabila melihat tindakan Sakinah yang didakwa seolah-olah sengaja mahu menunjuk bahagian badan yang tidak sepatutnya kepada umum.
"Ni lah yang kita gelarkan berbaju tapi bogel.
"Hmm..dah macam tak pakai baju dah aku tengok.
"Nak tayang jub* ke mende.
"Tak ada rasa malu ke?," tulis sebahagian netizen di ruangan komen.
Bahkan, ada juga yang menyatakan mahu berhenti daripada terus menjadi pengikut di Instagram apabila Sakinah kerap berkongsi gambar seksi.
"Kerap-kerap naik gambar macam ni hang kak oi, aku unfollow hang je lah.
"Kenapa tunjuk 'benda' you," tulis salah seorang pengikutnya.
Biarpun dihujani pelbagai komen yang tidak senang dengan posting tersebut, ada juga netizen yang mengambil pendekatan untuk menasihatinya.
Katanya, teguran yang diberikan kerana atas dasar tanda kasih dan sayang.
"Bukan nak jadi ustazah dan saya tahu hidayah tu milik Allah tapi kita sendiri pun kena cari hidayah.
"Tegur sebab sayang. Saya harap Kak Kinah boleh perlahan-lahan kurangkan gambar seksi. Sekarang, kita tak nampak. Ya seronok dapat body goals, tapi sampai bila?," katanya.
Posting tersebut menerima lebih 20,000 tanda suka.
Sebelum ini juga, Sakinah kerap mencuri tumpuan netizen dengan perkongsian foto-foto yang mengundang kecaman apabila memuat naik gambar seksi.
BACA: “Asalnya Telanjang, Ni Dah Tutup Sikit Dengan...”- Jawapan Sharifah Sakinah Selepas Ditegur Berpakaian Seperti Berbogel
Saksikan drama lakonan Sharifah Sakinah di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pose Gaya Melentik, Imej Seksi Mawar Rashid Dikritik - “Nampak Macam Tak Normal”

gempak
25/10/2024
00:54 MYT
Pelakon Mawar Rashid mencuri tumpuan warganet apabila berkongsi sebuah video baru-baru ini.
Hiburan

Isu Pakaian Seksi Alya Iman, Ini Komen Pengurus! - "Alya Tidak Mahu ..."

gempak
17/10/2024
07:55 MYT
Pengurus pelakon Alya Iman enggan mengulas isu berkenaan busana seksi yang digayakan artis di bawah naungannya ketika menghadiri sebuah acara hiburan baru-baru ini.
Laman Utama

Kak KM Tak Terkesan Dikecam Kerana Seksi - “Saya Pakai Juga Baju Lengan Panjang & Seluar Panjang”

gempak
15/10/2024
03:55 MYT
Tidak pernah lari daripada imej seksi yang mencolok mata, usahawan terkenal Liana Rosli atau Kak KM tidak langsung melatah dengan kecaman ramai mengenai imej yang dibawanya.
Hiburan

Netizen Kritik Penampilan Alya Iman Datang Anugerah - “Kenapa Pakai Baju Nampak Lurah?”

gempak
12/10/2024
06:55 MYT
Pelakon Alya Iman mencuri tumpuan ramai apabila hadir ke Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36 malam tadi.
Hiburan

Comel! Anak Perempuan Muncul Di KLFW 2024, Sharifah Sakinah Menjerit Beri Sokongan

gempak
31/07/2024
12:25 MYT
Anak kepada pelakon Sharifah Sakinah iaitu Anais Adha mencuri tumpuan apabila muncul di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) baru-baru ini.
BorakSeeni