Pelakon terkenal Rita Rudaini menempelak tindakan seorang YouTuber apabila menghasilkan video seolah menghina pendiriannya yang enggan mengambil vaksin Covid-19.

Perkara itu dikongsi Rita menerusi beberapa posting di Instagram Story miliknya.

Menurut Rita Tuhan tidak mencipta akal fikiran untuk menghina seseorang.

“Tuhan bagi akal dekat kau bro bukan untuk kau guna menghina orang.

“Ramai orang Islam macam ni mencaci cerca orang yang tak vaksin, malu la dekat agama lain bro.

“Lepas vaksin dah jadi lembu. Tuhan bagi kau jadi manusia tapi pilih nak jadi lembu,” katanya.

Tambahnya, sesetengah orang memang akan cuba untuk membuat kandungan yang mengarut.

“Blogger lembu memang akan buat content bodoh macam lembu. Takat tu je otak mampu pikiaq (fikir).

“Nak masuk 2022, takat tu je ka. Biasalah blogger sampah, tak nampak macam blogger pun lebih kepada lembu kacuk b***,” tulisnya.

Sekadar info, isu berkenaan tercetus apabila YouTuber berkenaan menghasilkan videp yang mengubah tajuk filem terbaru lakonan Rita.

Tajuk filem Rumah Madu Ku Berhantu itu diubah kepada Madu Ku Anti Vaksin dan ia dimuat naik di platform TikTok YouTuber tersebut.