Anggota kumpulan De Fam Cik Manggis menjadi perhatian selepas melakukan cabaran tular, Barbie Challenge.

Menariknya cabaran yang dilakukan itu merakamkan keunikan cara solekan, teknik editing dan juga kecantikan Cik Manggis.

“Hampir sempurna sehinggalah bulu mata saya rosakkan semuanya #BarbieChallenge,” tulisnya.

Ain’t your Barbie, No! ✋? . *It’s almost perfect until my lashes proudly ruined everything. ? . #BarbieChallenge ? Not Your Barbie Girl - @avamax TikTok ID: miss.em #EMmusicalTime #TikTok #MissEm #barbiegirl #avamax #barbiegirlchallenge #notyourbarbiegirl #supergirls #musically #tiktokers #musical #music #musicvideo #musica #muser #muservoice #tiktokid #followme #bestoftheday #tiktokmalaysia #dance #comedy #foryou #fyp #foryoupage @tiktok.malaysia

A post shared by Cik Manggis | De Fam (@cikmanggis) on


Walaupun baru sahaja dimuat naik di akaun Instagram, namun video pendek itu telah menerima lebih 180,000 tontonan.

Rata-ratanya menyatakan video tersebut adalah antara yang paling hebat berbanding video-video lain yang melakukan cabaran sama.




Malah ada juga yang telah menonton sehingga lebih dua kali kerana terpegun dengan kecantikan tahap kreativiti solekan dan juga editing video berkenaan.



Terdahulu, #BarbieChallenge sebelum ini menjadi tular kerana keunikan teknik solekannya.