"Ni Puas Kepit Dik.. Sudahnya ....." - Ini Jadinya Bila Noorkhiriah Jadi Pembaca Berita!

Rozaimi Zubaidi
Mei 13, 2019 23:15 MYT
Pelakon Noorkhiriah mengakui bersyukur apabila diberikan peluang untuk mencuba nasib sebagai pembaca berita.
Menerusi entri di Instagram (IG), Noorkhiriah berkongsi sepotong video semasa menjalankan tugas sebagai pembaca berita dalam slot Komuniti AWANI.
Noorkhiriah mengucapkan terima kasih kepada pihak Astro Awani kerana mengundangnya untuk menyampaikan berita untuk saluran kegemaran ramai itu.
"Korang jangan gelak tengok kakak baca berita #komunitiawani @501awani. Tak penah buat weii.
"Feeling sangat rasanya selama 3 hari kakak menyampaikan. Rumusan dari kakak job ni best. Nak lagi please. Alhamdulillah.
"Dia boleh main BYE sebab tu kakak tak boleh wat benda formal memang kelaut dalam peginya. Ni puas kepit dik.. Sudahnya BYE terkeluor," tulisnya.
Di saluran Astro Awani, Noorkhiriah menyertai rakan-rakan artis popular lain sebagai penyampai berita kisah-kisah masyarakat dalam slot Komuniti AWANI pada setiap malam pada jam 8:15 malam.
Antara artis lain yang turut menjadi penyampai berita tersebut adalah Adibah Noor, Erra Fazira, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aliff Satar dan ramai lagi.
#pelakon #Pelakon #noorkhiriah