Penyanyi Awi Rafael mengesahkan harus membatalkan perkahwinannya bersama pelakon Atikah Suhaime yang dijadulakan berlangsung pada Ahad ini.

Menerusi entri di Instagram (IG), Awi menjelaskan dia mempunyai alasan tersendiri untuk menarik diri dan tidak mahu membuka aib sesiapa.

"Awi harap semua teman akan faham. Awi sudah cuba buat yang terbaik untuk dia & Awi sekeluarga sudah pun bersiap sedia untuk Ahad ini. Niat dihati adalah untuk membina masjid, menutup aib dia yang dulu & membawa dia ke jalan tuhan bersama ke arah hidup baru. Kerana itu Awi tawakkal & terus tunang sejak tahun lalu.

"Namun, Awi juga mempunyai Ibu dan maruah keluarga. Terlalu berat dugaan baru kali ini. Awi harap kawan-kawan semua akan faham. Dahlah, Awi pun tak ingin bukak aib sesiapa.

"Jodoh di tangan Tuhan & mungkin solat istikarah Awi pun telah dijawab di saat-saat akhir ini. Thank You to all my friends tahat have been so supportive & loving, don’t worry I will repay those that have booked flights.

"Thank You for calling me. To co-sponsors for e wedding. Cake & food etc, don’t worry I will call you too. We can give it to the children’s orphanage.

Awi harap semua teman akan faham.. Awi sudah coba buat yg terbaik utk dia & Awi sekeluarga sdh pun bersiap sedia utk Ahad ini. Niat dihati adalah utk membina masjid, menutup aib dia yg dulu & membawa dia ke jalan tuhan bersama ke arah hidup baru. Kerna itu Awi tawakkal & terus tunang sejak tahun lalu. - Namun.. Awi juga mempunyai Ibu dan maruah keluarga. Terlalu berat dugaan baru kali ini.. Awi harap kawan2 semua akan faham. Dahlah.. Awi pun tak ingin bukak aib sesiapa. - Jodoh di tangan Tuhan & mungkin solat istikarah Awi pun telah dijawab di saat2 akhir ini. ?? - TQ to all my friends tht hv been so supportive & loving, don’t worry I will repay those that hv booked flights etc.. tq for calling me. To co-sponsors for e wedding.. cake & food etc, don’t worry i will call you too. We can give it to the children’s orphanage. - Kpd rakan2 media, TQ kerana selalu memberi support kpd Awi.. dan kesianlah dia. Tetap berikan sokongan kpd dia, seperti yg kami semua dapat lihat sejak kami bertunang. - Namun utk Awi.. Awi & keluarga tarik diri. Awi minta maaf, salam. ???? Bismillah.

A post shared by Awi Rafael (@awirafael) on


"Kepada rakan-rakan media, thank you kerana selalu memberi support kepada Awi dan kesianlah dia. Tetap berikan sokongan kepada dia seperti yang kami semua dapat lihat sejak kami bertunang.

"Namun untuk Awi,Awi & keluarga tarik diri. Awi minta maaf, salam. Bismillah," tulisnya.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 17 Mac tahun lalu dan dijangka berkahwin setahun kemudian iaitu hujung minggu ini.