Terkini

Niat Nak Salahkan Owner Homestay Sebab Checkout Lambat, Tapi Netizen Pula Pertahankan Pemilik- “Terpaling Mangsa Keadaan…”

Muhammad Firdaus
12/02/2024
07:55 MYT
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial merakamkan situasi beberapa pelanggan homestay yang dihalau keluar oleh pemilik kerana dikatakan lambat untuk ‘checkout’.
Menerusi kapsyen yang tertera di video, pelanggan itu meluahkan rasa kecewa kerana barang-barang peribadi mereka dibaling oleh pemilik serta mendakwa hanya satu jam lambat untuk keluar daripada homestay.
“Ya saya mengaku saya lambat checkout. Kalau mak cik nak charge sehari RM100 ke RM200 pun saya bayar. Tapi jangan halau kami macam anjing, baling makanan apa semua.
“Semalam lepas berniaga event Alor Setar. Cepat-cepat hantar barang untuk Perlis pula, jadi sampai pukul 8 pagi tadi. Terlelap terjaga lambat sejam je,” tulis pelanggan tersebut.
Bagaimanapun, kenyataan itu dibidas oleh pihak homestay berkenaan kerana dianggap tidak menceritakan perkara sebenar yang menyebabkan kepada permasalahan berikut.
Di bawah merupakan kenyataan penuh pihak homestay:
Susulan kenyataan itu, rata-rata netizen memihak kepada pemilik homestay serta mengkritik tindakan pelanggan yang dianggap sengaja membuat naratif palsu demi mendapat sokongan ramai.
“Terpaling mangsa keadaan ni biasanya terpaling g*mpang,”
“Walaupun nama dia homestay, janganlah pulun tinggal macam rumah sendiri!”
“Buat perangai anjing, tapi tak suka dilayan seperti anjing, dah pukul 12 checkout, patuh je lah.”
Setakar artikel ini ditulis, posting berikut berjaya meraih lebih satu juta tontonan dan hampir 7,000 tanda suka di Platform X.
Sumber: Platform X
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dengar Bunyi Cakar & Pintu Digegar, Shila Amzah Kongsi Pengalaman Diganggu Makhluk Halus Di Pulau Langkawi!

gempak
07/02/2024
13:55 MYT
Seramnya...
Laman Utama

Kongsi Sikap Biadap Pelanggan Sewa Homestay, Netizen Tuduh Pemilik Reka Cerita Untuk Tujuan Marketing

gempak
20/12/2023
03:55 MYT
Rekaan ke betul-betul ni?
gaya hidup

Bagaikan Kembali Ke Kampung Halaman Saat Bercuti di Sini – TERATAK SOFEA Seindah Namanya.

gempak
10/02/2021
03:42 MYT
Sesekali rindu kampung halaman boleh ke sini. Rumah kampung yang setiap unit diberi nama sempena nama filem Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee, hanya di Selangor.
Laman Utama

Meloyakan! Siap Ada Najis Atas Katil, Pemilik Homestay Ini Kesal Terima Pelanggan Serupa ‘Haiwan’

gempak
31/08/2020
17:51 MYT
Paling menjijikkan, terdapat juga najis yang dibiarkan di atas katil.