Laman Utama
Niat Nak Tengok Coldplay, Netizen Berputih Mata Ditipu Scammer Beli Tiket Last Minute
Seorang individu hanya mampu berputih mata setelah menyedari yang dia ditipu ketika cuba membeli tiket konsert Coldplay pada saat-saat akhir.
Menerusi hantaran yang dibuat di Platform X, individu itu memuat naik tangkap layar perbualan antara dia dan scammer berkenaan.
Turut dapat dilihat scammer tersebut cuba meyakinkan mangsa dengan memberi gambar kad pengenalan agar transaksi dapat diteruskan.
BERITA TRENDING: Pertahankan Konsert Coldplay, Individu Dikritik Warganet Di Platform X - “Haram Tetap Haram”
“B*bi macam manalah aku boleh terkena. Hati-hati semua,” tulis individu itu.Individu itu turut mendedahkan telah kerugian sebanyak RM228 setelah ditipu oleh scammer tersebut.
Netizen turut memberi respons terhadap perkongsian berkenaan rata-ratanya menceritakan pengalaman hampir ditipu dan ada juga sesetengah wargamaya memberikan nasihat agar individu itu menelefon pihak bank untuk membekukan akaun bank scammer.
Antara komen yang diterima:
Sekadar info, konsert Coldplay akan diadakan pada malam ini yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Sumber: Platform X
Must-Watch Video