Aktor Pelakon Indonesia, Nicholas Saputra menjadi buah mulut netizen gara gara muat naik foto terkini di Instagramnya, @nicholassaputra.

Pemain watak Rangga dalam filem fenomena Ada Apa Dengan Cinta ini dilihat telah memuat naik foto seorang gadis yang duduk di dahan pokok di tepi pantai.

Nicholas bagaimanapun tidak menuliskan sebarang kapsyen pada foto wanita misteri tersebut.

Namun foto yang telah mendapat hampir 100 ribu tanda suka itu telah menarik perhatian banyak peminat wanita yang meninggalkan pelbagai komen buat bintang pujaan mereka.

Boleh dikatakan, banyak yang patah hati setelah melihat foto wanita yang dimuat naik Nicholas itu.



Salah seorang peminat dilihat menulis: "Ada yang mahu menangis bersama sama tak sisters?"

Sementara yang lain pula mengungkapkan: "Ada yang retak tapi bukan kaca".

"Cuma foto tanpa caption, tapi kenapa membuat patah hati," tulis yang lainnya.

Dan banyak yang meninggalkan pertanyaan buat Nicholas siapakah gerangan gadis misteri tersebut.

Malah ada juga yang mengatakan jika Nicholas kini dalam penggambaran sebuah filem dan gadis yang dipotret lelaki tersebut beruntung kerana berada dalam salah satu foto yang dikemas kini di akaun Instagramnya.

Hal itu kerana Nicholas memang dikenali sebagai sosok yang sangat tertutup tentang kehidupan peribadinya.

Malah, akaun Instagramnya digunakan untuk memuat naik aktiviti dan hobinya yang kerap mengembara dan merakamkan momen momen menarik dalam setiap penggembaraannya.

Nicholas juga tak pernah memuat naik foto selfie, kecuali pada hari pilihanraya Indonesia yang lalu.

Kredit Foto: Elle Indonesia
Instagram: @nicholassaputra