Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Nicholas Tse Nyatakan Hasrat Nak Terjun Dari KLCC Sempena Filem Terbaharu, Anggap Babak Aksi Lebih Menarik Tanpa Penggunaan CGI

Firdaus
10/07/2024 08:55 MYT
Pelakon terkenal Hong Kong, Nicholas Tse menyatakan hasratnya untuk melakukan aksi lasak di menara berkembar Petronas sempena filem terbaharunya New Police Story 2.

Nicholas, 44, berkata sedemikian semasa sesi temu bual pelakon dan pengarah Customs Frontline bersama media tempatan yang berlangsung di Menara Khuan Choo, Kuala Lumpur.

"Sekiranya diberikan permit oleh kerajaan Malaysia, saya sendiri akan memanjat sehingga ke puncak menara berkembar Petronas dan terjun daripada bangunan itu.

"Saya sangat berharap satu hari nanti, filem saya akan mempunyai babak seperti itu," katanya.

Aksi Tanpa CGI Lebih Menarik

Dalam pada itu, Nicholas merasakan bahawa tidak semua babak aksi dalam filem memerlukan kesan khas (VFX) atau teknik janaan komputer (CGI).

BERITA TRENDING: Michael Ang Tak Boikot Ruhainies, Sedia Bekerjasama - "Cuma Bakat Lakonan Dia Tak Ada Lagi Yang Sesuai Dengan Watak Saya Cari"

Menurut Nicholas babak aksi akan jadi lebih menarik sekiranya ia dilakonkan dengan kaedah konvensional.

"Bagi saya secara peribadi, kalau pemain filem itu sudah berjaya menjayakan pergerakan dan aksi tanpa CGI, itu adalah lebih baik dan itulah apa yang membuatkan filem-filem Hong Kong sangat unik.

"Bukan kami tiada teknologi untuk menggunakan CGI. Macam dalam filem Customs Frontline sendiri ada 20,000 shots (adegan) yang kebanyakannya adalah aksi atau lagak ngeri," jelasnya.

​BERITA TRENDING: Ili Hitz FM Berhijab Sejak Ramadan, Pemergian Ibu Jadi Asbab - "Saya Mula Muhasabah Diri, Fikir Tentang Kematian"

Dalam pada itu, Nicholas tidak menafikan penggunaan CGI dan VFX secara menyeluruh dalam filem kerana memerlukan bajet yang sangat besar.

​BERITA TRENDING: Isteri Baim Wong, Paula Verhoeven Pakai Tudung Sebab Takut Mati

"Nak menggunakan efek CGI pun perlukan bajet yang kadang-kadang kami sendiri tiada.

"Saya rasa kalau nak gunakan CGI ke tahap yang sempurna dalam filem Hong Kong memerlukan bajet yang sangat tinggi ," katanya.

​BERITA TRENDING: "Kalau Muka Handsome Tapi Tak Ada Bakat, Tak Ke Mana Juga" - Rosyam Nor

Sekadar info, selain Nicholas, Customs Frontline dibintangi barisan pelakon terkenal Hong Kong lain seperti Jackie Cheung, Cya Liu dan Karena Lam.
#Filem #Malaysia #hiburan #Aksi #Nicholas Tse #Petronas Twin Tower