Hiburan

Michael Ang Tak Boikot Ruhainies, Sedia Bekerjasama - "Cuma Bakat Lakonan Dia Tak Ada Lagi Yang Sesuai Dengan Watak Saya Cari"

Muhammad Firdaus
04/07/2024
08:55 MYT
Pengarah dan penerbit popular, Michael Ang enggan memboikot pelakon sensasi Ruhainies biarpun terheret dalam kontroversi panas membabitkan rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah.
Kata Michael, dia tidak menolak untuk bekerjasama dengan Ruhainies, bagaimanapun masih mencari peluang untuk mencari watak yang bersesuaian dengan pelakon wanita itu.

"Bagi saya untuk bekerja dengan seseorang itu terpulang kepada cerita yang saya tengah buat dan kesesuaian untuk seseorang pelakon itu memainkan watak.

"Tapi bagi saya buat masa ini tak ada naskhah yang saya terfikir nak ambil dia (Ruhainies). Belum ada watak dalam projek-projek saya akan datang yang sesuai untuk dia lakonkan.
"Bakat lakonan dia tak ada lagi yang sesuai untuk watak-watak yang saya cari," katanya ketika dihubungi Gempak.

Posting Penyondol Hanya Gurauan

Sementara itu, Michael menjelaskan postingnya berkaitan 'penyondol' seperti yang dimuatnaik pada Rabu tidak ditujukan kepada mana-mana pihak, sebaliknya hanya gurauan semata-mata.
"Video itu bukan menghentam, dan tiada istilah menghentam. Saya hanya buat lawak sebab benda tu tengah viral.
"Sebelum ni saya tak ada komen apa-apa pun. Kalau nak curang ke menyondol ke, suka hati kau lah!
"Pada saya benda tu kelakar, tiada niat untuk mengutuk ke apa tetapi untuk buat netizen terhibur," kongsinya.

BERITA TRENDING: Ruhainies Jawab Dakwaan Tanggung Aliff Aziz Selepas Jadi Duda - “Takkanlah Duit Dia Cepat Habis…”

Sekadar info, 3 Julai lalu berlangsungnya prosiding bacaan pertuduhan kes khalwat Aliff Aziz dan Ruhainies di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

​BERITA TRENDING:Ruhainies Nafi Bertunang Dengan Aliff Aziz - "Itu Dah Merepek"

Pada hari yang sama, Michael Ang turut memuat naik satu hantaran lucu di Instagram berkaitan isu penyondol membuatkan warganet beranggapan bahawa perkara tersebut ditujukan kepada Aliff Aziz dan Ruhainies.

​BERITA TRENDING:Aliff Aziz Mahu Berehat Dari Segi Mental & Emosi - “Kadang-Kadang Orang Kata Konon Macam Kitalah Yang Terpaling Sedih…”

Untuk rekod, pada 20 Jun lalu, Aliff Aziz dan Ruhainies dilaporkan dilihat hadir selama tiga jam ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

​BERITA TRENDING: “Muka Elok Tapi Bebal Pun Tak Guna Dik!” - Michael Ang Back Up Suami Ain Edruce, Bella Astillah Beri Emoji Tepuk Tangan

Pada 9 Mac lalu, media melaporkan Aliff ditangkap khalwat bersama Ruhainies di kondominium mewah yang terletak di ibu negara.
Aliff dan bekas isterinya, Bella Astillah, bercerai pada 13 Jun di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Isteri Baim Wong, Paula Verhoeven Pakai Tudung Sebab Takut Mati

gempak
06/07/2024
12:55 MYT
Pada saat rumah tangga pasangan selebriti Indonesia, Baim Wong dan isteri Paula Verhoeven dikhabarkan sedang bermasalah, Paula Verhoeven tenang memberi fokus terhadap dirinya sendiri
Hiburan

Harumkan Nama Malaysia, Anak Saudara Siti Nurhaliza Rangkul Pingat Emas Dalam Pertandingan WCOPA Ke-27

gempak
06/07/2024
06:04 MYT
Anak saudara kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Umai, berjaya merangkul pingat emas di 2024 Junior Champion Vocalist menerusi pertandingan antarabangsa World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27 di Los Angeles pada Sabtu.
Hiburan

"Lebih 10 Tahun Berkhidmat, Tak Pernah Lihat Pasangan Senyum Sebab Kes Khalwat" - Staf Agensi Agama

gempak
05/07/2024
23:47 MYT
Seorang individu dipercayai kakitangan agensi agama meluahkan rasa hairan apabila melihat gelagat selebriti yang tersenyum lebar dan seolah-olah gembira ketika hadir ke mahkamah atas pertuduhan khalwat.
Hiburan

“Sedih Bila Dengar Adik-Adik Industri Mengadu Ada Suara Kata Budak Teater Bukan Selebriti, Kenapa Nak Kena Bayar Mahal,” - Farah Ahmad

gempak
05/07/2024
07:55 MYT
Pelakon Farah Ahmad mendedahkan keseronokan berlakon dapat dirasai apabila dapat bermain rasa dengan rakan gandingan terutama yang mempunyai asas dalam teater dan lakon.
Hiburan

Menangis Depan Kamera ‘Not A Problem’ Buat Nabila Huda - “Apa Yang Saya Tak Boleh Buat, Paling Susah Adalah…”

gempak
05/07/2024
05:55 MYT
Pelakon Nabila Huda mengakui menjadi pengacara untuk sebuah program merupakan sesuatu yang paling susah untuk dilakukan dalam kerjaya seninya.