Saluran terkenal Nickelodeon telah mengejutkan orang ramai selepas mengumumkan gambaran seksualiti watak kartun popular, Spongebob Squarepants.

Memetik laporan Daily Star, Nickelodeon telah memberi gambaran bahawa Spongebob Squarepants adalah satu watak homoseksual menerusi kenyataan yang dimuat naik di akaun Twitter rasmi mereka semalam.

Ekoran pengumuman itu, pihak Nickelodeon juga telah menutup ruangan komen untuk mengelakkan pertelagahan orang ramai mengenai hal itu kerana ada yang menentang, tidak kurang juga yang menerimanya.

"Spongebob homoseksual? Tapi dia ada bayi dengan Patrick.

"Tak perlu maklumkan kerana kami sudah tahu," tulis penonton kartun terkenal itu.



Dalam pada itu, ada juga warganet mengatakan pengumuman Nickelodeon itu bertentangan dengan matlamat asal pencipta sebenar karakter Spongebob Squarepants iaitu Stephen Hillenburg.

"Berdasarkan kenyataan daripada Hillenburg sendiri, pihaknya tidak pernah berniat untuk mengetengahkan unsur homoseksual menerusi Spongebob Squarepants," tulisnya.

Antara karakter lain yang turut diumumkan adalah Schwoz Schwartz dari Henry Danger serta Korra dari The Legend of Korra.

Walaubagaimanapun, Hillenburg sudah meninggal dunia dua tahun lalu.

Sumber : Daily Star