,
Hiburan

Nickelodeon Umum Spongebob Squarepants Merupakan Watak Homoseksual...Ramai Terkejut!

Asraf Aided
15/06/2020
08:02 MYT
Saluran terkenal Nickelodeon telah mengejutkan orang ramai selepas mengumumkan gambaran seksualiti watak kartun popular, Spongebob Squarepants.
Memetik laporan Daily Star, Nickelodeon telah memberi gambaran bahawa Spongebob Squarepants adalah satu watak homoseksual menerusi kenyataan yang dimuat naik di akaun Twitter rasmi mereka semalam.
Ekoran pengumuman itu, pihak Nickelodeon juga telah menutup ruangan komen untuk mengelakkan pertelagahan orang ramai mengenai hal itu kerana ada yang menentang, tidak kurang juga yang menerimanya.
"Spongebob homoseksual? Tapi dia ada bayi dengan Patrick.
"Tak perlu maklumkan kerana kami sudah tahu," tulis penonton kartun terkenal itu.
Dalam pada itu, ada juga warganet mengatakan pengumuman Nickelodeon itu bertentangan dengan matlamat asal pencipta sebenar karakter Spongebob Squarepants iaitu Stephen Hillenburg.
"Berdasarkan kenyataan daripada Hillenburg sendiri, pihaknya tidak pernah berniat untuk mengetengahkan unsur homoseksual menerusi Spongebob Squarepants," tulisnya.
Antara karakter lain yang turut diumumkan adalah Schwoz Schwartz dari Henry Danger serta Korra dari The Legend of Korra.
Walaubagaimanapun, Hillenburg sudah meninggal dunia dua tahun lalu.
Sumber : Daily Star
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Dituduh Homoseksual Gara-Gara Minum Air Jari Kelingking Ternaik, Ezzul Kebab Kraze Beri Penjelasan!

gempak
28/04/2023
02:55 MYT
Itu pun jadi isu?
Laman Utama

18 Tahun Kahwin, Suami Mengaku G*y & Perkenal Kekasih Kepada Isteri

gempak
14/10/2022
16:05 MYT
Bayangkan dah lama kahwin baru tahu suami ...
Laman Utama

Ikut Jejak Langkah Thailand, Singapura Bakal Mansuh Undang-Undang Larangan Hubungan Seks Sejenis

gempak
21/08/2022
23:50 MYT
Perdana Menteri Singapura mengumumkan tentang berita berkenaan semalam
Laman Utama

Lelaki Homoseksual Lebih Ramai Hidap Cacar Monyet!

gempak
21/05/2022
06:52 MYT
Jangkitan cacar monyet atau monkey pox boleh berjangkit akibat melakukan aktiviti seks, lapor Daily Mail.
Laman Utama

Deddy Corbuzier Mohon Maaf Undang Pasangan Homoseksual Ke Siaran Podcast - "Saya Melihat Mereka Sebagai Manusia"

gempak
12/05/2022
13:55 MYT
Netizen kritik siaran podcast Deddy Corbuzier!