Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Nikita Mirzani Upah Orang Robohkan Rumah Bekas Kekasih Anak

Maliah Surip
31/10/2024 07:50 MYT
Perseteruan yang terjadi di antara Nikita Mirzani dengan bekas kekasih anaknya, Vadel Badjideh masih berlarutan.

Meski sudah melaporkan pemuda tersebut kepada pihak polis atas dakwaan menghamili dan memaksa anaknya, Laura Meizani atau Lolly yang masih di bawah umur menggugurkan kandungan, ada banyak perkara yang sudah dirancang Nikita sebaik Vadel didapati bersalah di mahkamah.

BERITA TRENDING: TikToker Bawa 11 Peguam Ke Balai Polis, Jawab Tuduhan Hamilkan Anak Artis

Salah satunya adalah Nikita akan merobohkan rumah Vadel yang masih dalam peringkat pengubahsuaian.

Nikita memberitahu akan mengupah sekitar 20 orang buruh binaan untuk melakukan kerja-kerja perobohan atas sebab kediaman tersebut telah menggunakan banyak wang anaknya.

Pada saat ini Nikita juga sedang berurusan dengan pihak berkuasa untuk melancarkan proses tersebut, lapor Viva.co.id.

“Saya telah berurusan untuk melakukan kerja merobohkan kediaman. Oleh kerana tidak boleh melakukannya secara sembarangan, saya perlu mengupah buruh binaan untuk merobohkan rumah tersebut,” katanya.

BERITA TRENDING: Anak Artis Mengamuk Netizen Kutuk Pakai Tudung Sebab Selindung Hamil

Dia mendakwa Vadel telah menggunakan wang yang diterima Lolly hasil menjadi pempengaruh termasuk anak perempuannya itu juga meminjam daripada orang lain dengan menggunakan nama Nikita untuk melancarkan proses pembinaan rumah tersebut.

Vadel juga didakwa telah meminta Lolly menaikkan harga sewa apartment selain membelikan permainan play station buat lelaki itu sewaktu mereka bercinta.

BERITA TRENDING: Anak Nikita Mirzani Meraung Kena Heret Keluar Apartment, Kekasih Akui Tak Pernah Setubuhi Lolly

#Viral #Anak #Indonesia #Kekasih #Nikita Mirzani #Rumah #Roboh #Lolly #Vadel Badjideh
;