,
Nusantara

Anak Nikita Mirzani Meraung Kena Heret Keluar Apartment, Kekasih Akui Tak Pernah Setubuhi Lolly

Maliah Surip
21/09/2024
06:53 MYT
Drama keluarga Nikita Mirzani makin berterusan dan bertambah hangat.
Selepas melaporkan kekasih anaknya, Vadel Badjideh kepada pihak polis atas dakwaan memaksa Lolly menguggurkan anak dua kali, Nikita membuat heboh dengan tindakan baharu.

Heret tinggalkan apartment

Bintang sensasi Indonesia itu telah memaksa dan mengheret Lolly meninggalkan apartment yang dihuni sehingga gadis berusia 17 tahun tersebut menjerit histeria.
Ironi Lolly sudah bertahun-tahun tidak tinggal bersama Nikita malah sempat melanjutkan pelajaran ke luar negara sebelum pulang ke Indonesia dijemput oleh kekasihnya, Vadel.
Vadel yang juga merupakan seorang pempengaruh media sosial juga mendakwa sudah cuba memulangkan Lolly sebanyak enam kali kepada Nikita namun tidak dilayan.
Malah selepas Vadel, kini dilihat membalas ‘serangan’ Nikita dengan mengaku tidak takut dimasukkan penjara di atas tuduhan yang dilakukan selebriti itu.

Vadel nafi tidur dan bersetubuh dengan Lolly

Kepada media, pemuda berusia 19 tahun tersebut melakukan sidang akhbar bersama peguam menafikan semua dakwaan tidak benar Nikita.
Vadel menafikan telah tidur bersama apalagi menyetubuhi kekasihnya, Lolly.

“Saya pastikan, saya tidak pernah tidur dengan Lolly. Saya tidak pernah berhubungan intim dengan Lolly,” ujar Vadel seperti dilaporkan Kompas.

Dia kemudian melanjutkan tuduhan Nikita dirinya telah membuat Lolly hamil dan memaksa gadis bawah umur itu menggugurkan kandungan juga fitnah.

“Saya tidak pernah menghamili Lolly. Tidak pernah memaksa Lolly menggugurkan kandungan,” tegasnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN:Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

ARTIKEL BERKAITAN:Banyak Buat Pembedahan Plastik, Nikita Mirzani Kata: “Operasi Hidung Dengan Sinus Jauh Beza Guys”

ARTIKEL BERKAITAN:Pempengaruh Buat Live TikTok Dengan Nikita Mirzani, Netizen Terhibur: “Kau Cuy Kan Je”

ARTIKEL BERKAITAN:Nikita Mirzani Tak Akan Beri Harta, Buang Anak Perempuan Dari Keluarga

ARTIKEL BERKAITAN:Nikita Mirzani Tuduh Dewi Persikk Suka Gugurkan Janin, Tak Mandul

Ujian kehamilan negatif

Bersama penafian tersebut, Vadel juga menunjukkan hasil pemeriksaan Ultrasound atau USG kehamilan Lolly yang negatif.

“Ini adalah hasil USG dari Lolly yang menyatakan gadis ini negatif tes kehamilan.

“USG ini bertarikh 14 September 2024 dan kita rahsiakan doktor yang telah memeriksa Lolly kerana ini telah menjadi bukti untuk dibawa ke mahkamah,” ujar peguam Vadel pula. Dan dengan berani, Vadel memberi jaminan akan senang hati disumbat ke penjara jika dia terbukti bersalah menyetubuhi dan membuat gadis itu hamil serta menggugurkan kandungan.
“Saya akan bertanggungjawab. Jika benar saya pernah membuat Lolly hamil dan menggugurkan kandungan, saya akan masuk sendiri ke penjara,”kata Vadel.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tak Dengki Dengan Anna Jobling, Didie Alias Mahu Angkat Martabat Pelawak Wanita - “Apa Guna Kewujudan Pelakon Komedi…”

gempak
21/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan pelawak, Didie Alias menyatakan dirinya tidak pernah berasa cemburu dengan pemilihan Anna Jobling sebagai juri program Muzikal Lawak Superstar musim keempat (MLS4).
Viral

Dakwa Nasi Kandar Malaysia ‘Berpasir’, Masterchef Indonesia Dilabel Tidak Hormat Makanan Tradisional

gempak
21/09/2024
02:55 MYT
Fani mendapat pelbagai kritikan selepas mendakwa Nasi Kandar Malaysia mempunyai rasa yang ‘biasa’ selain ‘berpasir’ kerana menggunakan rempah serbuk.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.