Nikita Willy Hamil Selepas Jalani Rawatan Akupuntur
Maliah Surip
09/12/2021 14:50 MYT
09/12/2021 14:50 MYT
Pelakon cantik Nikita Willy berkongsi kisah mengenai rumah tangga dan perjalanan kehamilannya selepas mendirikan rumah tangga dengan Indra Priawan pada Oktober 2020.
Sepanjang menjadi isteri, Nikita mengaku sempat tertekan kerana ditanya mengenai bila dirinya akan hamil sekaligus memiliki anak.
Ternyata, setelah lapan bulan menikah, dia dan Indra berusaha untuk mendapatkan anak.
Mereka antaranya ‘berkunjung ke hospital’, namun usaha tersebut gagal. Kata Nikita, hal tersebut membuat dia dan Indra sempat sedih dan tertekan sebelum memilih alternatif lain.
Menurut Nikita, selepas gagal hamil melalui ‘kunjungan ke hospital’, atas nasihat, dia melalui sesi terapi rawatan akupuntur.
"Dua minggu setelah menjalani terapi akupuntur saya lewat datang haid. Waktu itu kami berlibur di Bali dan saya memang membawa kit ujian kehamilan. Dan ya, saya hamil,” katanya seperti dipetik dari Kompas.
Menerusi temubual yang dipetik dari tayangan Youtube MaiaAlElDul TV, Nikita juga menceritakan tidak mengalami alahan sepanjang fasa kehamilannya.
Dia malah masih mampu menjalani aktiviti seperti bersenam dan berlibur termasuk ke Bali.
“Alhamdulillah, fasa lima bulan hamil ini sangat smooth. Saya tidak mengalami alahan. Masih aktif berolahraga tiga minggu sekali dan boleh bepergian,” ceritanya lagi.
Dan hal yang sangat menyenangkan sepanjang dirinya menjadi wanita hamil adalah dirinya terasa semakin disayangi oleh Indra. Kata Nikita, suaminya bukan sahaja menjadi semakin prihatin, tetapi lebih romantis dari sebelumnya.
Instagram: @nikitawillyofficial94
Instagram: @nikitawillyofficial94