gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Kak KM Tak Ambil Hati Komen Negatif, Tetap Kerja Keras- “Tak Peduli Apa Orang Nak Cakap, Tengok Dalam Bag Duit Sama Banyak”
GAYA HIDUP
Sebelum Beli Rumah Untuk Disewakan, Ambil Kira 5 Kos Ini Dulu
HIBURAN
Terlalu Comel Seperti Patung, Wajah Anak Ketiga Umisya, Aslam Jadi Perhatian - “Mata Bulat, Cantiknya Haya Macam Mama”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

"Nilai Maruah Saya Tak Boleh Diukur Dengan Voucher" - Sharifah Zarina

Asraf Aided
Asraf Aided
12/10/2020
14:30 MYT
Sponsor Banner
"Nilai Maruah Saya Tak Boleh Diukur Dengan Voucher" - Sharifah Zarina

Penyanyi Sharifah Zarina menyifatkan pemberian baucer oleh pihak kafe hipster ekoran perselisihan faham ketika sambutan hari jadi anak perempuannya, Athalia Deena Bustawi membuatkannya berasa terkilan.

Jelas Zarina, pihak kafe terbabit telah membuat permohonan maaf kepadanya menerusi ruang komen di Instagram dan menganggap tindakan terbabit sudah memadai.
"Pihak restoran ada meminta maaf di ruangan komen video saya. Terima kasih saya ucapkan. Tetapi, dengan menyatakan mereka hendak memberi voucher, saya agak terkilan.
"Kerana saya rasa tidak perlu sehingga hendak memberi voucher sebagai 'ganti rugi', walaupun mungkin itu procedure daripada pihak restoran.
"Bukan saya tidak bersyukur, tetapi memadailah dengan meminta maaf dan hormati saya sebagai pelanggan yang pada awalnya datang ke restoran mereka dengan cara baik," tulisnya menerusi akaun Instagram pada Isnin.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Langit Ke Tujuh ini berasa kecewa apabila dirinya dipersalahkan dan dianggap menabur fitnah ekoran permasalahan yang dicetuskan pihak kafe hispter tersebut.
"Akibat permasalahan yang berlaku daripada pihak mereka, saya pula dipersalahkan dan dikatakan menabur fitnah. Bukankah ianya lebih baik sekirannya mereka mengambil inisiatif untuk memohon maaf ketika saya berada di tempat kejadian?
"Nilai maruah dan kekecewaan saya tidak diukur dengan voucher, ianya lebih kepada kekecewaan dan agak terkilan. Terima kasih! Customers is always right," ujarnya.
Zarina mendakwa kejadian itu berlaku pada Sabtu lalu ketika dia bersama Athalia dan rakan-rakan anaknya itu menerima layanan kurang baik dari segi perkhidmatan, dan mereka tidak sempat membuat pesanan makanan.
Perkara itu membuatkan Zarina tidak puas hati dan berasa malu di hadapan tetamu undangannya.BACA : Tak Puas Hati Dengan ‘Restoran Hipster’, Sharifah Zarina & Anak Tular Lagi!
BACA : Pemilik Restoran Cari Peguam Untuk Fitnah Yang Didakwa Sharifah Zarina & Athalia
View this post on Instagram
Semoga jelas semuanya..
A post shared by Sharifah Zarina (@sharifahzarina_official) on Oct 12, 2020 at 12:08am PDT
Topic Berkaitan
#Anak
#Sharifah Zarina
#Restoran
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement