Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Nina Ismail Sabri & Bakal Suami Kongsi Kisah Cinta Mula Berputik Selepas Bercuti Di Jepun – “It’s Like Our First Dating, Bila Pulang Kami Mula Rasa…”

Khairil Khusyairi
22/11/2024 11:50 MYT
Umum mengetahui kakak kepada penyanyi Dafi iaitu Nina Ismail Sabri bakal mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya yang dikenali sebagai Hafiz Osman.

Kisah Cinta Mula Berputik

Terbaharu, Nina dan Hafiz berkongsi detik cinta mereka yang berputik ketika mereka pulang bercuti dari Jepun pada Disember tahun lalu.

“The moment we got back from Japan actually. That’s the first time I know we had something.

“Di Jepun, kami pergi secara berasingan, kemudian tiba-tiba kami buat pilihan untuk jumpa di sana.

“Di sana, Nina datang untuk bersama-sama dengan kawan-kawan saya dan kami pergi ke tempat yang dia tak pernah jejak,” kongsi Hafiz.

Rasa Berbeza Selepas Pulang Bercuti

Menyifatkan percutian tersebut ibarat temu janji pertama mereka, Hafiz mengakui dia dan Nina mula rasa cinta antara satu sama lain selepas pulang ke tanah air.

“Jadi saya bawa dan tunjuk kepada dia bahagian yang dia boleh explore lagi di Jepun.

“It’s like our first dating. Kemudian bila pulang, kami mula rasa sesuatu yang berbeza.

“Selepas itu banyak kami keluar dating bersama,” dedahnya lagi.

Tak Sangka Berjodohan

Dalam pada itu, Hafiz yang juga kawan baik Nina tidak menyangka persahabatan itu akhirnya membawa mereka ke jenjang pelamin.

“Macam kami, kami tak sangka akan terjadi begini (berjodoh). Saya tak pernah terfikir yang suatu hari saya akan bersama Nina, Insya-Allah.

“Tak pernah terfikir langsung begitu dalam fikiran saya .

“Jodoh itu betul-betul rahsia Allah,” ujarnya gembira.

Untuk rekod, Nina pernah mendirikan rumah tangga bersama pereke fesyen terkenal, Datukj Jovian Mandagie pada 11 Disember 2013, namun berpisah cara baik pada Ogos tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia enam tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Nina Ismail Sabri Bakal Nikah Dalam Masa Terdekat? - #GoodByeSingleNina”

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Kacak Disamping Nina Ismail Sabri Curi Perhatian, Ramai Rakan Ucap Tahniah

ARTIKEL BERKAITAN: ”Muka Sama, Comel” – Nina Ismail Sabri Jadi Perhatian, Ramai Teka Nampak Macam Video ‘Pre-Wedding’

ARTIKEL BERKAITAN: Dafi Dedah Punca Tak Ada Dalam Gambar Keluarga, ‘Tutup Mulut’ Mengenai Dakwaan Kakak Bakal Nikah - “Nak Buat Macam Mana, Saya Ada…”

#Cinta #Bercuti #Nina Ismail Sabri #Cerita Cinta #Perasaan #Hafiz Osman
;