Hiburan

Ning Baizura Guna Medium Lain Hidupkan Watak Marina

Kamaruddin Razal
06/02/2020
12:04 MYT
Penyanyi dan pelakon Ning Baizura yang menjayakan watak Datin Paduka Marina Mahathir dalam filem Mahathir: The Journey menggunakan medium berbeza untuk menghidupkan karakter terbabit.
Dedah Ning, usahanya untuk berhubung dengan Marina menemui jalan buntu dan dia menggunakan cara lain dalam membuat kajian terhadap watak terbabit.
"Sebenarnya, saya sudah berusaha untuk menghubunginya menerusi telefon dan medium laman sosial di Twitter, tetapi usaha saya menemui jalan buntu.
"Saya menggunakan medium lain untuk mengkaji watak Marina. Beliau seorang tokoh wanita yang mempunyai perwatakan menarik, jadi pada mulanya saya risau untuk melakonkan watak Marina.
"Menjalankan 'kerja rumah', saya banyak menonton video di laman YouTube untuk mengkaji personaliti dirinya. Beliau sangat hebat!
"Apa yang boleh saya katakan, dia seorang yang ringkas, tegas, mempunyai disiplin tinggi dan sangat positif dalam menjalankan tugasnya membantu orang lain," kata Ning.
Ning ditemui usai menjalani babak penting di set penggambaran filem Mahathir: The Journey yang berlangsung di Hotel Sheraton Petaling Jaya baru-baru ini.
Hotel berkenaan menjadi lokasi bersejarah apabila Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama kepemimpinan tertinggi Pakatan Harapan mengadakan sedia media pada malam pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 10 Mei 2018.
Pada penghujung tahun lalu, Marina tampil bersuara di laman Twitter dan menyatakan bahawa dia dan anggota keluarga lain tidak tahu menahu mengenai filem Mahathir: The Journey.
BACA: "Kami Sedang Mencari Usaha Menjernihkan Keadaan Dengan Marina" - Penerbit Mahathir: The Journey Enggan Terpalit Kontroversi
Bagaimanapun, penerbit penyelaras Reliance Media Group yang mewakili produksi Mahathir: The Journey, Yusof Kelana berkata, projek filem itu akan tetap diteruskan.
Sebelum memulakan proses penggambaran, filem ini sudah mendapatkan kebenaran daripada Pejabat Perdana Menteri selepas skrip itu melalui proses rombakan sebanyak 12 kali.
Selain Ning, turut berlakon dalam filem arahan Profesor Dr Hatta Azad Khan ini ialah Azhar Amir (Tun Mahathir), Fauziah Latiff (Tun Dr Siti Hasmah), Afique Hussain (Mukhriz Mahathir), Hilal Azman (Anwar Ibrahim), Dian P Ramlee (Dr Wan Azizah Wan Ismail), Lisdawati (Nurul Izzah), Dazrin Kamarudin (Syed Saddiq) dan ramai lagi.
Filem ini dijangka ditayangkan pada Julai ini sempena ulang tahun kelahiran Dr Mahathir.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Nama Tersenarai Dalam Ending Credit Deadpool & Wolverine, Ini Respons Zizan Razak - “Perkara Ini Kecoh Sejak Semalam…”

gempak
25/07/2024
07:55 MYT
Pelakon Zizan Razak mengakui banyak menerima DM dan mesej daripada kenalan serta peminat mengenai namanya yang didakwa diletakkan dalam ending credit filem adiwira popular Deadpool & Wolverine.
Filem

Mawi Tak Cepat Sentap, Terima Filem Dikritik Dengan Hati Terbuka - “Saya Okay, Sendiri Tahu Kelamahan”

gempak
25/07/2024
04:50 MYT
Walaupun filem Zim Zim Ala Kazim mendapat kutipan melebihi RM3 juta namun penyanyi dan pengarah, Mawi, 43, juga tidak terlepas daripada menerima kritikan.
Filem

Berlakon Dalam Berpuluh-Puluh Filem, Ini 5 Watak Farid Kamil Yang Paling Ikonik!

gempak
18/07/2024
09:55 MYT
Lebih dua dekad menjejakkan kaki dalam dunia hiburan, nama pelakon Farid Kamil bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam industi seni tanah air.
Filem

"Saya Bangga Bawa Cerita & Bakat Asia" - Ratu Cantik Malaysia Buka Langkah Di Hollywood

gempak
18/07/2024
08:55 MYT
Ratu Cantik kelahiran Malaysia, Rachel Tan berbangga dapat membawa kisah dan bakat ke persada perfileman Hollywood.
Filem

Penuh Dengan Warna-Warni Budaya, Ini 5 Filem Yang Mengetengahkan Realiti Berbilang Kaum Di Malaysia!

gempak
16/07/2024
13:55 MYT
Malaysia merupakan negara yang mempunyai berbilang kaum. Didominasi oleh tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India, perkara ini memberi kesan besar dalam sektor perfileman tanah air.