,
Hiburan

"No Girls Are Willing To Stay In A Relationship For 5 Years..." - Ditegur Kisah Silam Bersama Sarah Hilderbrand, Nabil Mahir Minta Netizen 'Move On'

Zulaikha Yusof
18/09/2019
07:32 MYT
Pengacara Nabil Mahir telah memuat naik beberapa keping foto di akaun Instagram (IG) menerusi sebuah entri.
Foto tersebut menunjukkan Nabil bersama ahli keluarga penyampai radio Hani Fadzil beserta beberapa rakan selebriti iaitu Elfira Loy dan suami Faris Khairol Anuar dan Ayda Jebat.
"Satu ni dari kenal, angau nak kat El. Dapat terus kahwin brader ni. El pun da nak deliver soon. Alhamdullilah and all the best!
"Satu lagi dari time belajar sama-sama, he's always hard on himself supaya dia boleh improve and prove he's worthy. Now dah ada TV show sendiri tiap pagi.
"Satu ni, instantly jadi my best friend from class OnAir and her family is like an extended family to me. Beautiful people with big hearts.
"And satu lagi tu, aduh aduh kuat temberang ni kita cerita nantilah. This was an overdue get together. Finally dapat jugak this gathering!
"Thanks Hani and family for organizing this!" tulisnya sebagai kapsyen.
Walaubagaimanapun, di ruangan komen terdapat seorang netizen mempertikaikan tindakan Nabil memutuskan hubungan dengan aktres Sarah Hilderbrand.
Nabil tidak berdiam diri malah terus membalas komen netizen tersebut.
"No girls are willing to stay in a relationship for five years, unless she's truly loves you," tulis netizen tersebut.
"No guy willing to stay in a relationship for five years, unless he's truly love her. It works both ways. Everyone moved on, you should too," balas Nabil.
Tidak cukup dengan itu, ada segelintir pengikut yang menyuarakan pendapat dengan mengaitkan nama aktor Redza Rosli.
"Don't know why, prefer @redzarosli. Sorry komen jujur," tulisnya.
"Don't know why, but I don't care. Sorry komen jujur juga," respon Nabil.
Pada Februari lalu, Nabil dan Sarah membuat pengumuman putus cinta selepas lima tahun bersama.
Lebih sensasi apabila Nabil mendedahkan dia telah membelikan sebentuk cincin untuk melamar Sarah namun tidak kesampaian apabila cinta mereka berakhir di tengah jalan.
Kini, Nabil kelihatan sedang berkawan rapat dengan penyanyi dan pelakon Ayda Jebat apabila sering kongsi foto bersama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Syarikat Stesen TV Didakwa Tak Bayar Gaji Pekerja, AC Mizal Tampil Beri Respons – “Kami Mempunyai Semua Bukti”

gempak
15/11/2024
04:05 MYT
Pelakon dan pengacara, AC Mizal tampil memberi respons dakwaan syarikat stesen televisyen miliknya mempunyai tunggakan bayaran gaji terhadap pekerja seperti yang heboh baru-baru ini.
Hiburan

Perlu Jujur Dengan Pasangan, Ayda Jebat Kongsi Tips Untuk Rumah Tangga Bahagia - “Memang Dari Awal Sebelum Kahwin, Saya Cakap Dekat Dia…”

gempak
04/11/2024
23:55 MYT
Menurut pelantun lagu Memerang itu, jika setiap pasangan tidak telus mengenai diri masing-masing, mungkin akan memberi satu tekanan lain kepada mereka.
Hiburan

Anak Ayda Jebat Nampak Makhluk Halus, Menjerit Sambil Tunjuk Siling Tandas - “Ini Bukan Kali Pertama…”

gempak
29/10/2024
06:55 MYT
Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat berkongsi kejadian misteri dialami anak sulungnya iaitu Ana Nayla yang diganggu makhluk halus ketika sedang mandi di tandas rumah.
Hiburan

Dalam Diam Rupa-Rupanya Qi Razali Sudah Bertunang, Bakal Nikah Tahun Depan - “Dia Orang Industri Tetapi…”

gempak
28/10/2024
13:25 MYT
Pelakon dan pengacara, Qi Razali mendedahkan dia kini bergelar tunang kepada seseorang wanita sejak Hari Raya Aidilfitiri lalu.
Hiburan

Isu Sindir Menyindir Dalam Industri Hiburan, Uyaina Tampil Titip Nasihat - “Fokus Lebih Kepada Perkembangan Diri”

gempak
13/10/2024
14:55 MYT
Memenangi trofi sebagai Pengacara TV Popular Anugerah Bintang Popular ke-36 (ABP36), selebriti versatil Uyaina Arshad menitipkan nasihat supaya memberhentikan sikap sindir-menyindir antara satu sama lain.
Unitar