Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

‘No Pork, No Alcohol’ Belum Tentu Halal

Awani
13/11/2024 12:25 MYT
Mana-mana premis yang menggunakan istilah ‘tiada babi, tiada alkohol’ atau ‘no pork, no alcohol’, tidak semestinya mencerminkan bahawa makanan yang dijual tersebut adalah halal.

Belum tentu halal

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, istilah halal adalah merujuk kepada setiap produk atau premis makanan atau barang gunaan menepati aspek Syariah, kesihatan, kebersihan, keselamatan dan kualiti.

Katanya lagi, pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) sentiasa mempertingkatkan kesedaran semua pihak mengenai kepentingan serta kebaikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dalam industri makanan dan perniagaan.

Tambah beliau lagi, buat masa ini kerajaan masih mengekalkan dasar sedia ada iaitu permohonan SPHM bersifat sukarela sejak mula dilaksanakan pada tahun 1974, dan perkara ini telah diperkukuhkan melalui Akta Perihal Perdagangan 2011.

“Dasar sedia ada ini bermaksud bahawa dasar ini adalah terbuka kepada mana-mana industri yang bersedia mematuhi semua keperluan, piawaian dan standard pensijilan halal Malaysia.

“Sesungguhnya pemilikan SPHM memberikan nilai tambah kepada bukan sahaja kepada industri tetapi juga kepada pengguna kerana sijil halal itu sendiri merupakan satu jaminan bahawa produk atau premis makanan tersebut adalah halal dan toyyiban,” katanya lagi.

BERITA TRENDING: Fazura Dapat Hak Jagaan Fatima, Fattah Diberi Hak Lawatan Bermalam Dua Kali Sebulan

BERITA TRENDING: Netizen Buat Perbandingan, Dakwa Lagu ‘Bertahan Demi Cinta’ Seakan OST ‘Syurga Yang Tak Dirindukan 2’?

BERITA TRENDING: Selalu Sangat ‘FYP’, Netizen Anggap Fattah Amin Dah Hilang Nilai Eksklusif - “Sekarang Ini Terlalu Awam, Mana-Mana Dia Saja”

Mohd Na’im berkata demikian melalui jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh yang mahu mengetahui status cadangan supaya JAKIM mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan babi dan alkohol.

Sumber: Awani

#Halal #Belum #no #no alkohol #pork #tentu
;