Hiburan

“Noah Jadi Extra Manja Dengan Saya” – Dr Halina Dedah Sikap Anak Sebelum Tahu Hamil Kembar Lagi

gempak
Mya Amri
24/06/2020
08:19 MYT
Sponsor Banner
“Noah Jadi Extra Manja Dengan Saya” – Dr Halina Dedah Sikap Anak Sebelum Tahu Hamil Kembar Lagi
Isteri Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Datin Dr Halina Mohd Yunos mendedahkan perubahan sikap salah seorang anak kembarnya, Noah.
Dr Halina berkongsi perkara itu menerusi coretan pendek di posting terbaharu akaun Instagramnya.
Menurut Dr Halina sebelum mengetahui dirinya hamil, anak lelaki kesayangannya mula berubah sikap seolah-olah mengetahui bakal mendapat adik baharu. “Saya pernah mendengar sebelum orang kata anak yang paling muda tahu apabila kita hamil. Tak tahulah betul ke tidak. Orang tua-tua yang kata.
“Tetapi dalam kes kami, Noah menjadi sangat-sangat manja dengan saya seolah-olah dia mengetahuinya. Sebelum ini Noah sangat manja dengan bapanya.
“Semuanya berlaku sebelum saya mengetahui tentang kehamilan saya. Selepas itu saya syak UPT saya positif. Memang benar. Noah yang betul atau ini hanyalah kebetulan,” kongsinya.
BACA: Dr Sheikh Muszaphar & Dr Halina Bakal Timang Anak Kembar Kali Kedua, "Kami Selalu Mahukan Keluarga Besar .."
Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live